29 February lepas birthday my mom yang ke -56. Salah seorang dari populasi dunia yang ditakdirkan lahir di tahun lompat. Kami tak dapat balik Taiping nak celebrate. Mujur cucu dua orang ni dah pandai menyanyi lagu besday di telefon. Durra pun ada jugak menyampuk-nyampuk.. Alhamdulillah my mom dapat celebration besar-besaran dari sekolah sebab tahun ni juga dia pencen.
Next week my parents nak datang subang. Maka merangka-rangka lah nak buat kek istimewa untuk my mom. Konon-konon nak buat salah satu kek-kek terkini di abad ini. Maka bermulah aktiviti listing - red velvet cake, rainbow cake dan pavlova. Main senarai je dulu lepas tu baru godek resepi. Bila dah jumpa resepi erk...
Rainbow cake
Cantik memang cantik tapi mampukah nak bersabar bakar layer by layer. Oven kecik je. Bahan-bahan nampak OK. For me the hardest part nak kena trim atas kek lepas bakar supaya betul-betul rata before letak cream. Bab trim ni yang lemah skit ni aduhhhaiii...selalu jadi tak cantik..Belum cukup skill..
Red velvet cake
Yes..resepi kek ni nampak senang je. Ala-ala choc cake tapi tambah vinegar and red food coloring. Cream cheese pulak tu..sure nyummy...
Bila sembang dengan my sis dia cakap
Hari tu Mama buat kek red velvet..sedappppp hinggaaa menjilat jariiiiii
Bye-bye RVC. Terpaksa keluarkan anda dari senarai. Takut my RCV tak menjilat jari seperti yang my mom buat.huhuhu
Pavlova
Selalu dengar orang cerita pasal pavlova Serai. First time dengar macam bingung skit. Serai boleh buat kek ke? Sekali tengok gambar baru faham dan terus terliur. Tapi gara-gara empire meletup dulu still tak berani nak ke sana.
Resepi pavlova pulak memang sempoi dan simple abis. Tapi ramai jugak komen kalah salah teknik, meringue (based pavlova) x menjadi (retak etc) .
Tunggulah lagi 2-3 minggu mungkin ada entry resepi salah satu kek di atas. Kalau tak ade mungkin juga sekotak kek telah ditempah staff office yang pandai buat kek. Sediakan duit je..
1 comments:
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!
Post a Comment