Nasi daging dari masak kurma

10 November, 2011

Assalamualaikum

Petang semalam buntu nak masak apa untuk makan malam. Tinggal 1 jam lagi sebelum Mr Hubby dan kids balik. Dalam peti ais ada lauk frozen masak kurma, sup dan kari daging yang my mother in law bekalkan dari kampung. Semua lauk daging sempena korban. Teringin nak masak sayur tapi belum sempat beli barang dapur. Sayur yang ada cuma carrot, tomato dan daun sup. Jadi untuk memasukkan elemen sayur dalam makan malam hari ni Mama buat nasi daging menggunakan masak kurma daging yang telah ada. Preparation sekejap je (sesuai dengan Durra yang berjaga dan menangis bila ditinggalkan lama-lama)

Cara Mama
2 cawan beras basmathi
4 cawan kuah kurma + air
daging (dari kuah kurma)
serai (ketuk)
Daun sup
Tomato (dadu)
Carrot (potong kecil-kecil)
Garam (jika perlu. Adjust ikut citarasa masing-masing)
Gula (sedikit je untuk menaikkan rasa)

Masukkan semua dalam rice cooker. On. Naik atas main-main dangan Durra. Senang dan simple tak payah nak tumis-tumis. Untuk tambahan boleh letak bawang goreng dan kacang gajus serta buat air asam. Tapi Mama tak buat pun semalam.


Nasi daging makan malam kami.

Alhamdulillah seronok tengok anak-anak makan . Selera anak-anak yang buat Mama motivasi nak masak sendiri walaupun simple.

Abang Aqil senyum sampai nak tutup mata

Kak Dini senget kepala nak tunjukkan gaya rambut terbaru yang pendek


0 comments: