Assalamualaikum
Semasa di hospital Durra memang fully incharged by midwife di nurseri. Maksud Mama bab mandi2 ni. Bila Mama ambil untuk menyusu dah siap mandi wangi-wangi berbedung. Bila balik dari hospital pada hari ketiga Mama dah mula berpantang sendiri.
Ada orang yang pandai mandikan bayi seperti gambar di bawah. Pegang sebelah tangan je. Jadi kalau mandi di sink pun boleh. But to be frank, I'm not. Anak-anak Mama lahir semua 3 kg and above dan kalau mandi mesti nak gerak-gerak , mengeliat kadang-kadang menangis. Tak confident Mama nak pegang macam tu je.
2 hari pertama selepas balik hospital Mama cuma lapkan dengan towel basah + air suam. Condition masa ni masih agak lemah sebab kalau tersalah gerak macam ngilu-ngilu di tempat jahitan. Tak confident nak mandikan Durra sebab dia suka mengeliat dan gerak-gerak. Lagipun bukan kotor pun badan sebab duduk rumah je. Mungkin peluh sikit-sikit. Yang penting umbilical cord kena cuci betul-betul dengan spirit yang hospital bagi.
Hari ke-6 baru Mama mula mandikan dengan air suam. Seperti Aqil dan Dini dulu Mama guna sweet cheery punya bath tub. Harganya dalam RM60. Boleh dibeli di jusco atau giant. Mungkin mahal berbanding bath tub biasa tapi kalau jaga elok-elok tahan lama. Aqil dan Dini dulu share bath tub yang sama. Cuma masa pindah rumah dulu mungkin terhentak kuat dan pecah sedikit. Jadi untuk Durra Mama kena cari yang baru. Mama suka sebab ada platform. Jadi boleh letak baby . Tapi jangan pulak tinggalkan baby atas platform. Sebab tu semua keperluan seperti sabun dan syampu sediakan di tepi sebelum mula mandi. Mama masih pegang dengan baby dengan sebelah tangan. Platform tu sekadar back up. Bath tub ni ada hole di sebelah tepi bawah. Jadi kalau mandikan di dalam bilik air lepas mandi boleh alirkan air keluar untuk keringkan. Tapi pastikan jaga elok-elok stopper yang menutup hole ni. Kalau hilang nanti problem pulak sebab tak boleh nak tadah air.
Air suam direct dari water heater bilik air
Mandi sambil berdiri
Ramai jugak kawan-kawan Mama tanya mana beli besi untuk hold tub ni. Besi ni Mama beli di kedai baby yang terletak di Mydin USJ pada tahun 2007 semasa mengandungkan Aqil (x pasti kedai ni ada lagi ke tak). Besi sahaja berharga RM70. Kedai tu jual sekali dengan bath tub sweet cherry (harga lain). Teruja nak beli barang especially bila kawan Mama cerita susah nak mandikan bayi sebab jahitan episotomy yang agak panjang . Tak sangka stand ni sangat berguna sebab Mama kena caesarian untuk semua anak. Walaupun Mama berpantang di kampung tapi tetap mandikan baby sendiri sebab my mom @ opah bekerja. Opah sangat risau bila Mama mandikan baby sambil berdiri. Dia takut tub tergelincir. Tapi Mama dah banyak kali test. Sweet cherry punya bath tub terletak elok dan tak tergelincir sebab tak boleh melepasi besi di bahagian tepi tu. Guna stand ni until baby dalam 2 months je. Bila baby dah besar dan Mama pun dah kuat letak je tub di bawah.
0 comments:
Post a Comment