Chicken pox menyerang (part I) dan doa penawar

26 November, 2011

Dari hari Selasa badan Aqil mula naik biji-biji. Pergi ke klinik panel Dr kata bacterial infection. Tapi bangun pagi tengok makin banyak pulak yang naik. Hati Mama mula tak sedap. Pagi Khamis terus ke Klinik Kanak-Kanak Serena di Bt Rahman Putra. Bila Dr tengok terus dia menjerit. "Mama ini chicken pox la..habisla satu rumah nanti kena...". Dr turut belek-belek Dini dan Durra. Tapi buat masa itu masih belum ada apa-apa tanda. Sehingga hari ini juga 2 puteri Mama masih clear dari infection varicella zoster virus penyebab chicken pox. Tapi Mama tak berani menyimpan harapan tinggi kerana virus itu ada masa inkubasinya.

Aqil diberi antiviral acyclovir yang perlu dimakan setiap 6 jam dan chlorpheniramine-4 untuk tahan gatal.  Dr juga ada beri paracetamol tetapi alhamdulillah Aqil tidak demam . Mama juga beli calamine lotion untuk disapu.

Aqil masih aktif macam biasa. Rumah jadi riuh rendah sebab Aqil dan Dini Mama tak hantar ke nurseri. Cuma masalahnya nak memisahkan Aqil dari Durra. Durra belum menerima vaksin chicken pox kerana vaksin akan diberikan apabila berumur setahun ke atas. Mama dapat rasakan kesedihan Aqil bila tak dibenarkan cium atau pegang Durra. Jika diikutkan dari segi medical virus juga boleh merebak melalui udara bermakna tak boleh juga berada dalam kawasan yang sama. Setakat ini Mama dan Durra tidur di bilik berasingan dengan Aqil. Puas Mama terangkan pada Aqil kenapa dia dihalang begitu. Tapi mana mungkin budak 4 tahun dapat mengikut 100% arahan. Kadang-kadang dia datang juga menghampiri Durra . Kasih dan rindu seorang abang.

Aqil selalu selalu bercerita dengan Durra. Kadang-kadang sampai Durra tertidur

Di entry ini juga Mama nak share doa untuk merawat campak yang Mama ambil dari buku ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab.


Untuk merawat campak kombinasi bacaan doanya ialah
Surah Al-Fatihah
Selawat Syifa'
Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan "Lau an zalna")



0 comments: