Assalamualaikum
Dah lama Mama tak update blog. Banyak juga benda nak cerita tapi sindrom M**** nak transfer gambar ke desktop.
Awal Julai yang lepas, Mama dan anak-anak sempat ke Port Dickson. Orang cuti-cuti ke PD weekends tapi kami ke sana weekdays. Sebenarnya Mama ada bengkel khas yang dianjurkan oleh fakulti bermula dari Rabu sehingga Jumaat. Kebetulan pada masa yang sama Mr Hubby juga outstation ke Tawau. Jadi Aqil dan Dini terpaksa ikut Mama ke PD (takkan nak tinggal di nurseri siang malam for 3 days) . Mama pun hantar siren kecemasan minta adik Mama @ cik An yang baru habis belajar di UIAM datang ke Subang untuk ikut kami ke PD.
Bengkel Mama diadakan di Thistle Hotel Teluk Kemang. Sebelum pergi Mama buat "homework" mencari maklumat pasal hotel ni. Walaupun ada websitenya sendiri tapi Mama lebih suka baca review dari orang yang pernah menginap di sana, Sekurang-kurangnya boleh buat sedikit preparation. Bukan senang nak hadir workshop bersama-sama kanak-kanak. Perlu ada pengisian aktiviti supaya mereka tak boring dan meragam sebab boring duduk dalam bilik.
Sebenarnya ini first time Mama bermalam di PD. Drive sendiri dari Subang yang jaraknya kira-kira 120km. Sengal jugaklah pinggang mak buyung ni bila sampai sana. Bawak pulak kereta Mr Hubby Exora yang Mama jarang-jarang bawak. Nak bawa laju merempit pun tak berani. Dua jam setengah jugaklah baru kami sampai.
Sepanjang di sana tak banyak sangat pun gambar yang ditangkap. Ada gambar- gambar yang Mama letak di sini diambil dari website. Kalau ikutkan kemalasan memang tak ter"upload" lah gambar dan tiadalah entry ini. Tapi opah di Taiping dah sibuk nak tengok gambar cucu "bercuti".
Sampai di sana Aqil dan Dini dah melompat-lompat . Amboiiii seronok betul ye..Mama turunkan segala angkatan tentera dan beg-beg
seperti nak berkampung sebulan di lobi sebelum pergi cari parking. Turun je dah ada staff yang sambut beg kami dan letakkan atas troli. Lobi hotel ni ala-ala open concept. Luas dan banyak disediakan kerusi-kerusi untuk lepak. Mama request untuk early check in (pukul 12 pm ). Boleh pengsan mengejar budak-budak ni kalau ikut waktu check in biasa pukul 3.00 ptg. Alhamdulillah ada bilik yang kosong sebab weekdays. Kalau weekends rasanya tak dapat.
Gambar dari website
Untuk bilik kami ambil standard twin je. Biliknya menghadap golf course/garden. Kalau sesiapa ada budget lebih bolehlah ambil deluxe twin with view (menghadap laut). Harganya lebih mahal dari standard twin. Tapi bagi kami standard twin pun dah cukup. Aqil dan Dini bukan main seronok lepak di kerusi balkoni (setiap bilik ada private balkoni). Dapat tengok burung, tasik dan pokok-pokok. Sambil tu Aqil si penglipur lara pun mulalah sesi mereka-reka cerita untuk adik Dininya. (kadang-kadang nak tergelak bila dengar dua budak kecik ni berborak sama sendiri).
Cik An tengah adjust setting aircond
Dalam bilik ada ala-ala pangkin di tepi tingkap. Boleh jugak jadi tempat budak-budak main
Bilik kami yang menghadap padang golf
Kerusi tempat Aqil Dini lepak-lepak dengan Cik An
Keluasan bilik ok. Bilik air pun best..Besar walaupun tak de bath tub. Tapi ini first time Mama stay di hotel yang tak pakai carpet. But for me better sebab takdela berdebu or berbau kalau basah. Masa kami mula-mula masuk pun lantai masih sedikit basah tanda baru lepas di mop. Dalam bilik ada disediakan 2 pasang room slippers, baju tidur dan sejadah.
Dari pagi sampai petang Mama duduk dalam seminar room untuk workshop. Budak-budak pulak melepak di bilik dengan cik An. Budak-budak ni ajak cik An jalan-jalan diluar tapi Mama tak bagi. Takut tak terkejar cik An nak jaga dua orang ni. Nak pergi mana-mana tunggu Mama rehat dari program. Walaupun mak buyung tak boleh berlari tapi saya ada senjata rahsia..hehehe..sekali jerit berhenti la budak-budak dua orang ni berlari. Cik An tak bolehla nak jerit-jerit. Nanti jatuh saham anak dara En Zain sorang ni.
Seorang berkungfu, seorang bersilat. Pening cik An kalau nak handle sorang-sorang
Mujur di bilik hotel ni ada disney channel. Pada masa yang sama bawak juga extra laptop khas untuk budak-budak ni je (terpaksa pinjam netbook atok dekat Taiping sebab Mama pun kena guna untuk bengkel) dan cerita-cerita cartoon yang telah di download dalam external hard disk. . Kemudahan internet di bilik kena bayar. RM20 for 24 hours (ini rate untuk weekdays. Kalau weekends tak pasti berapa). Dengan bayaran ni boleh eksess internet di bilik (plug in) dan wifi di sekitar kawasan hotel (wifi di sini berbayar.). Tapi Mama tak ambil pun internet service sebab bawak broadband.
Sebelah petang hari pertama barulah ada masa sekejap nak bawa kids berjalan-jalan. Kawasan sekitar hotel memang luas, hijau dan sejuk mata memandang. Kami berjalan kaki ke pantai berdekatan.
Yang paling bes dekat sini pastinya swimming pool. Dari hari pertama lagi Aqil dan Dini dan merengek nak terjun. Tapi Mama macam tak larat nak terjun sekali. Tak boleh nak harap cik An sorang jaga dua orang. Kena jaga 1 to 1. Jadi Mama pujuk they all main di playground dulu. Seronok betul ..Memang playground itu bagai mereka yang punya. Weekday manalah ada budak-budak sangat. Hotel agak penuh tapi dengan adults sebab pada masa yang sama ada juga group-group dari jabatan kerajaan dan swasta yang ada workshop dan seminar.
Malam tu kami order room service. Eventhough faculty ada provide meal untuk Mama as participant tapi tak sampai hati nak turun makan tingalkan anak-anak. Jadi kami order 1 plate mee goreng je. Portion unuk meal boleh tahan banyak. Bekal KFC tengahari tadi pun masih ada. Lagipun kalau turun makan di cafe sure budak-budak ni nak meal sorang sepinggan dan air sorang satu..eksyen tak mau share-share ..Anak-anakku ini tak mengerti mereka sekarang di hotel. Satu pinggan nasi goreng RM25..satu gelas juice oren je dah RM15 huhu....Boleh beli sepuluh biji oren. Tahu harga ni pun sebab lunch tadi kami makan di cafe hotel..Tapi bila dah order tu bukan nak makan dan minum sangat pun. Saja suka-suka nak tengok atas meja ada pinggan dan gelas. Kalau makan di bilik boleh pulak share-share. Confirm licin dan tiada pembaziran..hehehe. Kalau lapar lagi Mama dah siap-siap bawak 1 buku roti, 1 tin biskut weetameal dan satu botol nutella.
Fried mee with big prawn
Malam Mama ada program until 10.30 pm. Balik bilik Aqil dan Dini dah zzzzZZZZZ. Malam tugas cik An kurang mencabar sikit sebab Aqil dan Dini jenis tidur awal.
Hari kedua kami breakfast di cafe sebab memang dah termasuk dalam package. . Seronoklah budak-budak ni. Asyik meronda tengok segala jenis makanan. Dah dapat makan free ni tak nak pulak makan sungguh2. Aqil makan satu pinggan je lepas tu sibuk nak round kawasan buffet. Walaupun weekdays tapi ramai orang sebab mostly datang berkumpulan untuk workshop atau bengkel.
Nak makan kami sengaja cari penjuru yang sunyi-sunyi tak ramai orang
Untuk lunch kami keluar jalan-jalan cari makan. Tapi tak banyak kedai yang bukak pun. PD weekdays tak semeriah weekends.
Petang seperti yang dijanjikan acara terjun kolam. Kolam di sini memang best. Ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Mama pun terpaksa terjun sekali sebab si Dini "asyik lemas". Over excited sangat. Cik An pulak monitor Aqil. Dini nampak eager sangat nak belajar berenang. Sengaja dia rendamkan kepala dia dalam kolam. Menjerit-jerit la Mama tengok. Kesian anak Mama ni . Mama sendiri tak pandai berenang macam mana nak ajar. Lupa pulak nak bawa pelampung dari rumah. Dalam hotel tu jugak kami beli baju renang Aqil dan Dini. RM45.00 sehelai. Dah lama plan nak beli tapi tak terbeli pun.
Pool dewasa yang luas dan cantik
Aqil dengan baju renang baru
Mak dugong buyung terpaksa masuk pool sekali. Dini dengan gaya konon-konon nak berenang
The next day habis bengkel kami check out pukul 12.00 pm dan bertolak balik. Alhamdulillah kids sangat enjoy stay di sini. Cuma Mama la penat sikit sebab terpaksa berkejar sana sini. Mr Hubby cakap lain kali may be boleh plan untuk stay di sini lagi. Tapi bila Mama check rate untuk weekends..aduhhhh..mahalnya..Kalau nak datang lagi kena cuti dan datang weekdays.