Buku Wardina Safiyyah : Mama saya lapar ....

14 June, 2010

Hari ini Mama sungguh stress. Stress sebab rindukan my parents dan adik-adik yang dah balik, stress rindukan suami dan anak-anak setelah beberapa hari asyik berkepit di hujung minggu, stress tengok kenapa jam lambat sangat berjalan, stress sebab banyak kerja yang datang last minute sedangkan esok Mama dah nak mula training di luar kampus dan macam-macam lagi..(huhuhu sabar..sabar). Jadi lunch hour tadi Mama pergi shopping dengan kawan untuk hilangkan stress (stress juga sebab kampus sunyi ramai orang cuti tapi kami tak cuti huhuhu) . Dari zaman anak dara sampai dah jadi Mama satu benda yang dapat hilangkan stress Mama ialah shopping BUKU. Kalau shopping benda lain (baju etc) habis shopping Mama akan lagi stress sebab menyesal tengok duit melayang sedangkan hari gaji masih jauh. Kalau shopping buku so far tak pernah lagi rasa menyesal. Selalunya akan rasa lebih bermotivasi dan bersemangat.

Hari ni Mama beli 2 buku. Buku-buku yang pastinya tiada kaitan lansung dengan bidang pengajaran Mama. Buku-buku untuk bersantai tapi masih sarat dengan ilmu. Salah satunya buku baru hasil penulisan Wardina Safiyyah bertajuk Mama Saya Lapar.



Mama tak sempat nak menelaah sepenuh perhatian lagi. Baru sempat baca beberapa mukasurat dan selak-selak dengan pantas sehingga ke mukasurat terakhir. Tapi dari pandangan pertama Mama buku ini menarik perhatian Mama kerana

  • Gambar foto yang berwarna-warni. Ada gambar Wardina dan anak-anak, sayur-sayuran, buah-buahan , resepi dan banyak lagi
  • Harga murah dan berpatutan. Naskhah setebal 166 mukasurat cuma RM19.90
  • Tulisan yang besar dan berwarna-warni (Yessss...ini penting bagi orang-orang macam Mama yang dah naik stress baca journal sebab nak siapkan research proposal untuk FRGS
  • Gaya bahasa yang santai tapi masih kaya dengan tips yang praktikal.


  

Gambar yang berwarna-warni . Meleleh air liur tengok tembikai ni. Balik nanti nak tunjuk pada Aqil sebab dia sangat susah nak makan buah


 
 Ada resepi


 
Tips yang praktikal kalau anak susah nak makan/memilih makan


 
                                                   Tulisan pada buku ini besar-besar. I like....

hayatizain : Tahniah kepada Wardina Safiyyah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu, cerita dan inspirasi anda.

Terasa kosong

Semalam parents, adik-adik dan anak sedara Mama bertolak pulang ke Taiping. Selepas mereka bertolak teratak dua tingkat kami terasa kosong. Bayangkanlah beberapa hari sebelum itu teratak kami dipenuhi dengan 9 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Sepanjang 4 hari mereka di sini,  Aqil dan Dini awal-awal pagi lagi dah bangun pergi ketuk 2 bilik tetamu. . Nak tidur malam pun kena paksa  sebab dua beradik ni  masih nak bergayut manja-manja dengan semua orang (Tutup lampu semua sampai gelap gelita. Terkebil-kebil dua budak ni tak puas hati. lama jugak baru tertidur ). Dari petang semalam Aqil dah mula merengek tanya Acu (my adik bongsu). Harap-harap hari ni dia makin OK selepas jumpa kawan-kawan di nurseri selepas ponteng nurseri dari Khamis lepas.

Khamis lepas kami semua sempat pergi ke cyberjaya untuk makan-makan. Sebenarnya ia lebih kepada Hari Ibu dan Hari Bapa celebration untuk my parents sebab opah (my mom) teringin nak makan makanan Arab. Pada mulanya Mama plan nak ke Al-Rawsha tapi saat-saat akhir tukar ke restoran Saba Cyberjaya sebab kami nak singgah Puchong melawat my cousin yang baru mendapat cahaya mata.

Sampai di Saba around 1.30 tengahari. Penuh tak de meja kosong. After 15 min baru kami dapat tempat duduk. Overall erm...sedih dan terkilan jugak nak cakap sebab food tak seperti yang dijangkakan (mungkin expectation saya terlalu tinggi sebab pernah makan yang lebih sedap). Malas nak komen banyak-banyak. Lain kali kalau my parents datang nak cuba  bawak ke Al-Rawsha dan D Tandoor pulak.




Oatmeal makeover

08 June, 2010

Beberapa bulan lepas Mr Hubby telah membeli satu pack besar oat kerana konon-kononnya KAMI BERDUA hnaya nak makan oat untuk makan malam. Tetapi setelah beberapa hari tekak dan perut MELAYU kami seakan tidak dapat menerima oat setiap malam. Lama kelamaan oat dibiarkan sepi didalam Tupperware.

See ada 3 Tupperware penuh dengan oat. Dalam pic nampak macam kecil sebenarnya besar tu.

Bulan lepas adik Mama singgah ke Subang dalam perjalanan nak balik kampung kerana sekarang cuti semester. Nampaknya si bujang seorang ni pun pernah ada cita-cita macam kami. Dia tinggalkan lagi satu Tupperware oat yang katanya tak habis-habis makan dari dulu (ke tak makan pun sebenarnya).

Rasa macam sayang pulak tengok oat banyak-banyak tu. Mama mesti cari cara supaya lebih mudah di makan (dalam erti kata lain tak perlu air panas nak bancuh). Bila surf sana sini jumpa resepi HOMEMADE GRANOLA HONEY  dalam fotopages Shima. Menarik !!

Resepi Mama ikut 100% yang Shima bagi

HOMEMADE GRANOLA HONEY


2 1/2 cwn oats mentah
1 cwn mix nuts... - Mama letak almond je
1/4 cwn honey
1/4 cwn gula perang dibancuh dgn 4-5 s/d besar air suam (Boleh jugak guna golden syrup)
sedikit garam
2 s/b minyak masak
** buah2an kering cth kismis, apricot, kurma etc (optional) - Mama letak dried apricot je
** choc chips (optional)  - Mama letak choc rice

CARA:
1. dlm mangkuk besar..satukan oats, kacang & garam
2. dlm mangkuk kecil satukan honey, bancuhan gula & minyak masak...gaul sebati...
3. tuang bancuhan basah ke dlm mangkuk oats & kacau rata..pastikan sume bersalut mesra
4. ratakan atas dulang pembakar yg telah dialas dgn baking sheet/aluminium foil..
5. bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 165 celcius selama 30 min or perang..lebih lama dibakar lebih rangup...jgn sampai rentung sudahla..(i guna 2 dulang pembakar supaya masak rata)
6. kuarkan dr oven, pecah2kan granola yg berketul2 beso (time ni granola tu akan melekat2 antara satu sama lain) tp bila dah sejuk nnti dia akan mengeras & kering
7. bila dah sejuk barulah gaul bersama dried fruits or choc chips if suka..
8. pastikan dah betul2 sejuk br simpan dlm balang kedap udara & sesuai dibuat breakfast bersama susu segar




The mixing process


Dah siap dibakar. Campur apricot and choc rice


With milk. Nyummy......

Suka..suka..suka..Mr Hubby pun suka. Kalau nak beli yang kat supermarket tu boleh tahan mahal. Senang sebab tak payah nak bancuh dengan air panas. Tuang susu kotak je. Oat banyak lagi. Lepas ni bolehla buat lagi agih-agih kat my bro and sis bila they all dah mula belajar after habis cuti semester.

Puff Ayam Kelopak

07 June, 2010

Sabtu lepas untuk tea Mama buat Puff Ayam . Guna pastry jenama KAWAN. Idea asal dari dapur Cik Mat Gebu . Mula-mula plan nak buat tuna jugak tapi sekali godek-godek 'peti ajaib' rupa-rupanya stok tuna dah habis. Sardin pun takde. Jadi gigihla Mama mendadu isi ayam dan carrot nak buat inti. Buat inti pun simple je sebab budak berdua tu dah sibuk panggil-panggil dari atas. "Mama dah siap ke belum" "Cepatla Mama". Isk...cabaran sungguh nak masuk dapur dengan anak-anak yang separation anxiety ni. Papa nye ada pun sibuk nak cari Mama.



Untuk inti tumis bawang besar dan bawang putih. Masuk isi ayam yang didadu, carrot, blackpepper dan  sup cendawan campbell. Masak sampai pekat dan biar sejuk (Mama tak sempat sejuk pun. Suam-suam terus tabur atas pastry)



Letak inti atas pastry pertama . Sekeping lagi pastry dibelah X  ditengah dan diletakkan di atas pastry pertama. Tekan tepi-tepi dengan fork. Sapukan telur,  tabur blackpepper dan masuk oven.



Dah siap. Macam over sengih pulak puff ni. Naik atas tengok dua beradik tu sedang diulit mimpi (penat menunggu Mama masak agaknya.) jadi Mama dan Mr Hubby pun minum petang dulu berdua.  Mr Hubby makan 3 round. Lain kali bolehla buat lagi .


Our 4th anniversary

04 June, 2010



Sempat lunch date dengan Mr Hubby di Nandos Subang Prade. Sejak sekian lama akhirnya baru Mama dapat order nandos extra hot (tapi tengah makan asyik teringat Aqil dan Dini). Selama ni kalau makan dengan kids sure order lemon and herbs sebab share dengan they all .  Membazir nak order asing-asing. Selalunya they all bukan nak makan sangat. Tak senang duduk dan sibuk tanya bila nak gi main (di McD berdekatan). First time order cous cous salad as side dish. Not bad tapi rasa macam pahit sikit (ke lidah Mama je yang rasa macam tu)..Dalam salad tu ada letak olive, cucumber, tomato, capsicum dan sedikit herbs.



Untuk makan malam plan asal nak buat fish and chip. Beli dory fillet marinate sekejap dan lepas tu celup dan goreng. Mama tak beli pun chips sebab rasa macam tak sesuai pulak malam-malam makan byk sangat makanan bergoreng (diet la konon) . So ganti dengan potato salad and coleslow. Masak nasi ala-ala nasi ayam with mixed veggies (Mama letak carrot and letak frozen sweet corn je) takut kids lapar (kalau dah perut melayu tu melayu la jugak hehehe).






Mr Hubby buat suprise beli kek..wah sungguh terharu..the first time dia beli kek  (letak dalam blog so tua-tua nanti boleh baca balik hehehe)...Aqil dan Dini sangat excited. 

Alhamdulillah sudah 4 tahun usia perkahwinan kami. Semoga terus dieratkan kasih sayang antara kami berdua dan kasih sayang kami dengan anak-anak dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin

3 June 2006

hayatizain : Banyak cerita tapi sangat sikit masa nak bercerita.. Sempat taip pun pendek-pendek je...