CNY yang lepas kami sekeluarga menghadiri wedding sepupu hubby di kampung. Sungguh meriah. Semua juadah di masak secara bergotong-royong. Sebaik sampai saya terus menjenguk ke dapur untuk menawarkan pertolongan. Kalau setakat susun-susun pinggan, atau masukkan kuih dan lauk-pauk ke dalam pinggan mangkuk memang tak menjadi masalah. Sekali................................
saya diminta tolong siapkan ukiran sayur untuk makan pengantin . Kata tuan rumah buat simple2 je tak pe. Masalahnya yang simple pun saya tak pernah buat ...waaaaaaa.... masa kenduri kahwin saya dan dua orang adik yang lain kami tak pernah ambil tahu pasal hidangan makan pengantin. Cuma hulurkan duit pada mama minta tolong tempahkan...Berpeluh-peluh rasanya pegang pisau sambil tengok timun dan cili depan mata. Mujurlah kak ngah (cousin hubby) tunjukkan sedikit caranya...lepas tu saya kena buat seorang diri sebab semua orang sibuk dengan benda lain...Saya potong timun dan buat hirisan di tepi ala-ala sayap dan buat cili bunga. Dah siap rendam dalam air garam untuk kembangkannya...wah seronok pulak rasanya...tak ambil gambar pun sebab segan. Nanti apa pulak kata makcik-makcik yang ada di situ. Buat kerja sikit sibuk nak tangkap gambar macam pengukir profesional..hehehe
Balik ke rumah saya terus surf cara-cara nak mengukir sayur dan buah. Memang banyak tapi setengah tu terlalu advanced (for me) seperti ini
Harus berpegang pada realiti saya tak akan mampu buat seperti itu. Jadi cari yang senang-senang je dan paste di sini. Untuk rujukan saya di masa hadapan. Manalah tahu kena jadi bidan terjun lagi....at least akan lebih confident untuk memberikan yang terbaik (perasan sekejap...hehehehe)
Rose from tomato
Watermelon basket ni pun nampak menarik. Untuk majlis-majlis biasa pun kita boleh cuba buat untuk fruit salad . Saya ada jumpa video tapi tak de code untuk paste di sini. If you are interested can click here
Mangga potong macam ni pun ok. Senang pengantin nak makan (kiub kecil). Sesuai juga untuk hiasan pulut mangga..nyum..nyum
** hayatizain : Mama saya seorang yang seni dan mahir dengan kraftangan. Anaknya ini hanya seorang yang 'keras tangan'
2 comments:
Salam yati...Bestnya...saya suka bab masak2...tapi nak menghias makanan memang x kreatif...apa yang Yati post ni...memberi sedikit ilmu pada saya...mana tahu tetiba kena jadi bidan terjun mcm Yati juga...ada 3 lagi adik x kahwin ni...hehehehehe.Tembikai tu cute...simpel...tapi menyelerakan...;)
salam Tyha
saya pun sama. Kalau bab masak suka tapi kalau nak menghias mmg kureng sikit. Lepas masak senduk masuk dalam mangkuk terus hidang hehehe
Post a Comment