Terbongkar rahsia

04 February, 2010

Pagi ahad lepas di kala saya sibuk bersilat dengan anak2 selepas hubby ke kelas seorang kawan lama menelefon. Katanya dia sekarang tengah kelam-kabut di dapur sebab malam nanti keluarga mertuanya nak datang untuk makan malam. Dia minta pada saya



resepi nasi ayam macam saya buat masa open house dulu (NO PROBLEM)
cara nak potong ayam (HAAAA...ABIS TERBONGKAR RAHSIAKU)


Setakat hari dan ketika ini , di usia 29 tahun saya memang tak pernah potong ayam. I mean dari whole chicken macam ni kepada bahagian-bahagian kecil.



Source of pic : yahoo


Papa saya dari dulu sampai sekarang kalau ke pasar memang akan beli ayam yang dah siap dipotong untuk mama masak. Mama saya seorang guru dengan tujuh orang anak yang kuat makan jadi masa-masa di dapur sangatlah berharga. Oleh kerana itu anak-anak perempuan En Zain sama ada yang masih bujang ataupun dah jadi mak orang mmg tak pernah "kerjakan" ayam. Sejak berkahwin kalau hubby pergi beli ayam saya pesan minta penjual potongkan siap-siap macam ni .



Satu ekor ayam diasingkan kepada 2 bahagian.


Setakat hari ini pasar tempat hubby selalu beli ayam berdekatan rumah saya pekerja-pekerjanya memang cekap sekali. Pernah beli 6 ekor masa buat open house dulu ,pekerja-pekerjanya tak kisah nak tolong potong kan dalam masa yang cukup pantas. Balik rumah basuh dengan halia dan tepung. Lepas tu saya asingkan kepada beberapa bahagian (supaya mudah untuk thaw bila nak masak). Masuk dalam FreezerMate Tupperware dan simpan dalam freezer. Siap....



Atas dasar menolong kawan yang dah macam nak menangis tengok 2 ekor ayam depan mata tapi tak tahu nak potong macam mana saya dengan gigihnya mencari instruction 'HOW TO CUT WHOLE CHICKEN' di internet (rumahnya tak de internet sebab baru 2 minggu pindah). Katanya lagi nak telefon tanya orang lain segan. Dengan saya je dia leh buat muka tembok . Huhuhu...nasib baik kawan lama kalau tak dah lama kena sekeh. Banyak juga website yang berkaitan. Video demo pun ada. Lenguh jari tangkap gambar kat screen laptop hantar MMS. Mujurlah rombongan tetamu nak datang makan malam, kalau datang makan tengahari gi cari ayam siap masak kat kedai ajela Fida.....hehehe jangan marah..


Saja letak instruction di sini. Manala tahu berguna untuk saya di masa hadapan.

Source : http://www.gourmetsleuth.com



3 comments:

treasurekeeper said...

hajar pun nak buka pekung dada sendiri..hajar pun tak pandai, main belasah je potong asal dia jadi smaller pieces..

biasa kat kedai org tanya nak ptg brp bhgn, saya just ptg je lah brp2 pun asal kecik hahaha..nampak sgt la kan tak reti :P

-hajar

mamafar said...

along pun tau potong ayam sekor ni bila dh duk jepun..skang kira cam dah expert lak..huhu..siap boleh patah2kan tulang pinggang ayam ngan tangan dengan elok..tp ayam yg kecik jer la,.berat less than 1.5kg..kalau besar2 tu kena pakai pisau ler..

hayatizain said...

Hajar
hehehe..samala kita. Yati pun kalau minta org jual tu potong kecik2. Senang nak masak. :)

Along
Wah terrornye leh patah guna tangan je. Yati so far mmg tak pernah lsg cuba beli yg whole chicken tu sbb kat mesia ni boleh mintak je org potong. Tapi tak taula kemudian2 dibuatnye pekerja2 tu dah x mau tlg potongkan kena la jugak belajar nak kerjakan ayam tu :)