Contest - Aksi si comel

16 November, 2009

Sebenarnye ini first time saya nak join online contest/giveaway jadi macam blur-blur sikit. Tapi sebab saya dah weng-weng penat menatap form Laporan Penilaian Prestasi rasanya I need a break kejap. Contest yang saya nak join buat pertama kalinya ialah




Deadline : 20 November 2009

Contest ini ditaja oleh :

Comel Lote Collections



1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelanggan kami.

Kalau tengok dari no of follower and hit pada visitor log nampaknya kedua-dua blog ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dan pastinya transaksi pembelian juga meletup. Since mommies zaman IT sekarang ni suka blogging apa kata galakkan pelanggan buat entry dan review tentang produk yang dibeli dari Comel Lote Collections and Muslimah Online Shop (Tiada paksaan. Siapa yang nak buat bolehla join). Bukan tujuan nak riak atau menunjuk-nunjuk cuma mungkin boleh bagi idea pada mama yang buta fashion macam saya. Based on my experiences, kadang-kadang tengok sesuatu baju tu dalam gambar display biasa je tapi bila tengok anak orang pakai cantik la pulak. Tambah lagi kalau mommy tu pandai matchingkan kasut dengan baju  yang dibeli dari Comel Lote Collections (dalam blog display asing2 kan?). Kesinambungannya mula la gatal  tangan seluk2 purse tengok cukup tak duit nak beli untuk anak kita pulak ..asalnya nak beli baju je tapi tengok kalau dengan kasut sekali pun ok jugak..hehehe..Setiap entry on review akan dapat point tertentu yang boleh dikumpul. Bila points dah banyak bolehlah tukar dengan vouchers atau barang-barang dari blog tuan kedai. Kira win-win situation ..Pembeli yang buat entry dapat points, Tuan kedai dapat customer baru (InsyaAllah). Grading system untuk nak bagi point on product review tu terpulanglah pada tuan kedai.

Ok seterusnya pic yang saya nak letak ialah (actually dah ada dalam entry saya yang lepas tapi saya suka sangat pic ni. Sebab tu nak letak jugak).


Meet Chef Aqil Zehni B Najmi Rahimi
D.O.B : 15 March 2007
Age : 2 tahun 7 bulan

ye...inilah anak bujang saya yang sangat suka meniru gaya memasak. Sambil memasak tu mulut boleh pulak pot pet pot pet bercakap ala-ala chef Wan. Kalau anak perempuan dan lama saya belikan set masak-masak. Tapi sebab anak lelaki saya tak berapa layankan sangat hobi dia ni (sungguh tidak supportive ini mama). Dia pun hentam je apa yang jumpa kat drawer cabinet dapur semua dia angkut buat peralatan memasak. So far peminat setia je sorang ajela (his sister Dini yang dalam pic ni tercongok kat depan abang dia). Tapi now Dini dah boring (alamak kenapa anak dara saya tak minat memasak ni?haru..haru..). Abang dia start memasak selamba je dia mengesot ke tempat lain..Apa lagi menjerit-jerit la abang panggil adik dia. Siap offer nak masak Chicken Chop lagi (erk..mama pun tak pernah masak lagi chicken chop kat rumah). Akhirnya mama yang kena paksa jadi penonton untuk mengelakkan chef Aqil mengamuk guling-guling.


2 comments:

Wan Anie said...

terima kasih kerana turut serta memeriahkan contest ini... very appreciate it!

Saya akan datang jengah lagi untuk penilaian... good luck!

p/s: giveaway tu macam best gak... tapi rumah sy macam x organize jer.. hehe

Pija Madzlan said...

ihihihi..masak atas katil lagi ek..kasi selesa!!