Salam
Alhamdulillah terasa pulak nak update blog yang ditinggalkan berbulan-bulan. Terasa perlu dicatatkan perjalanan kami sekeluarga ke bumi kangaroo February lepas. Semakin meningkat usia, semakin banyak komitmen dan saya pula semakin cepat lupa. Kita pula bukan macam dulu-dulu. Dulu semua gambar hantar ke kedai untuk dicetak dan disimpan dalam album. Kini semua hanya bergantung pada gambar digital. Jika hilang atau corrupt file habislah semuanya. Harap catatan ini dapat menjadi kenangan untuk Aqil, Dini dan Durra suatu masa nanti. Kalau nak berharapkan saya bercerita 10 tahun lagi mungkin jalan ceritanya sudah bercampur aduk sana sini. Jadi sebelum terlupa biar dicatatkan di blog ini (mungkin juga ada beberapa perkara saya akan tak catitkan di sini sebab dah samar-samar dalam ingatan).
Perjalanan kami bermula pada 19 February 2014. Kali ini kembara kami ditemani juga abah , mak (ibu dan ayah mertua) dan adik ipar saya (anak-anak panggil pak cu). Seperti biasa flight tengah malam memang sangat membantu. Sebelum bertolak kids memang dah penat berlari-lari bermain di airport. Kira-kira sejam selepas berangkat sajian pertama di hidangkan. Dua jam di atas flight semua dah pengsan tidur kepenatan. Semasa booking tiket bukan rezeki kami untuk duduk bersama. Jadi Aqil dan Durra duduk bersama saya di bahagian tengah. Dini pula duduk dengan papanya di bahagian tepi sebab dia nak duduk tepi tingkap. Nak tengok luar katanya (huhu apala nak tengok tengah-tengah malam jauh di atas awan).
Durra yang paling awal tidur sebab paling ligat di airport. Sedapnya tidur. Kepala atas peha mama, kaki atas peha abang. Saya yang tak dapat tidur takut-takut dia lasak dan tergolek. Bahagian bawah saya dah letak bag takut dia tergolek.
Aqil bertahan 2 jam melihat kartun. Hero saya ni memang cerewet bab makan. Meal atas flight dia tak sentuh. Katanya pasta tak sama macam mama masak. Pasta with white sauce and fish memang tak ngam dengan tekaknya. Sebab di rumah mama masak pasta ala Malaysian style. Akhirnya mengunyah biskut sahaja. .Aduhai..Dini je yang steady. Sampai dessert licin dia kerjakan.
Kira-kira 6 jam perjalanan kami mendarat di Sydney Airport. Alhamdulillah urusan imegresen dan kastam berjalan lancar. Buat yang pertama kali nak ke Australia perlu diketahui ada barangan tertentu yang anda tak boleh bawa masuk. Saya sempat juga buat sedikit pembacaan di internet. Itupun baca di blog-blog orang. Semasa di atas flight kita akan diberikan ARRIVAL CARD untuk declare barang-barang yang di bawa. Untuk lebih mudah asingkan barang-barang makanan dalam satu bag khas in case perlu buka untuk pemeriksaan. Saya siap buat senarai barang-barang di dalam bag tersebut dan print atas kertas A4.
Contoh card yang perlu diisi. Saya dapat dari google.
Bag makanan kami. Saya tak bawa banyak sangat sebab Mr hubby kata di sana nanti kami ada beberapa jemputan makan..huhu..confident sungguh dia.
Untuk rujukan lengkap boleh apa yang boleh dan apa yang tak boleh di bawa boleh refer di sini
Memang panjang juga nak baca satu persatu. Dari pembacaan saya sedikit yang boleh di share. Jika ada terlepas pandang boleh tinggalkan komen ya.
MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DI BAWA
Serunding daging/ayam
Rempah ratus berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam
Bahan makanan yang mengandungi telur
Buah-buahan
Daging/ayam mentah
Hasil tenusu seperti cheese, mayonis dan susu.
Makanan yang mengandungi coklat atau susu (minuman 3 in 1 seperti milo)
Bila saya post gambar di atas di FB ada kawan yang bertanya pasal susu dugro dan coffee 3 in 1 tu lepas pemeriksaan kastam.
Sebenarnya ada sedikit kelonggaran untuk susu bayi/infant formula. Jika anda refer pada website di atas infant formula dibenarkan asalkan ada bayi/kanak-kanak bersama. Untuk 3 in 1 coffee pula saya hanya tawakal sebab ada kawan saya beritahu nescafe 3 in 1 yang di bawa pernah di buang kastam. Masa print senarai di kertas A4 saya tulis instant coffee (non-dairy creamer). . Pegawai bertugas hanya bertanya pada mr hubby beberapa soalan meneliti senarai dan kemudian kami dibenarkan keluar terus ke arrival hall. Alhamdulillah semuanya ok. Tak perlu buka beg atau melalui pemeriksaan oleh anjing. Sebab itu jangan sembunyi-sembunyi semasa declare barang yang di bawa. Biar barang dibuang dari barang di rampas atas sebab tak declare. Anjing-anjing yang bertugas memang cekap menghidu. Masa kami melepas kawasan pemeriksaan dapat lihat anjing2 menghidu bag satu keluarga dari timur tengah. Anak-anak saya pula yang excited sebab anjing cute2 dan kecil sahaja. Melompat-lompat Durra sebab dia ingat anak kucing. Saya terbayangkan detector dog ni anjing yang besar hitam dan garang.
Setelah selesai pemeriksaan Mr hubby dan adik ipar pergi selesaikan urusan kereta sewa. Kids macam biasa bermain sana sini. Energy fully recharged dalam flight. Saya pula yang pening2 lalat sebab tak dapat tidur dalam flight.
Setelah pelbagai dugaan dan drama nak mendapatkan kereta sewa (gara-gara miscommunication semasa booking online) akhirnya dapat juga 8-seater minivan yang kami sewa. Yang paling drama pastinya Aqil sebab dia memang tak tahan lapar huhuhu. Biskut yang saya bawa dah habis dia makan dalam flight. Tinggal instant mee je yang perlukan air panas. Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan. Singgah sebentar di Halal Thai Food ( tak ingat nama sebab letih dan lapar sangat) untuk bungkus nasi .
Sepanjang di NSW kami menginap di Malaysia Hall yang terletak di Randwick. Walaupun ada ura-ura nak menyewa homestay atau service apartment (sebab Mr hubby kata boleh masak) tapi abah akhirnya memutuskan menyewa di Malaysia Hall kerana kebetulan ada bilik kosong untuk didiami (yeay cuti memasak 1 minggu). Sebab utama memilih Malaysia Hall kerana di situ tersimpan 1001 nostalgia untuk abah mak, mr hubby dan adik ipar semasa abah bertugas di Sydney.
Untuk makan malam kami hanya makan di café di dalam Malaysia hall yang diusahakan oleh uncle Sam. Students dan komuniti Melayu di Sydney mungkin sangat mengenali "orang lama" seperti Uncle Sam. Mungkin ada juga yang mengenalinya sebagai abang Sam. Abah dan mak mengenali uncle Sam semasa abah bertugas di MSD Sydney pada tahun 2002. Paling gembira semasa makan malam pastinya Aqil. Senyum sampai telinga sambil berkata pada saya "Macam ni la sedap. Macam kat Malaysia".
Suasana malam di Malaysia Hall. Itulah si putih yang membawa kami sepanjang berada di sana. Saya ajak mr hubby keluar berjalan kaki ke stesen minyak bersebelahan sebab nak beli laundry powder. Berjalan lah kami 5 beranak menikmati kesejukan malam. Kawan saya ketawa bila saya cakap barang pertama yang saya beli di Sydney ialah laundry powder. Travelling dengan 3 orang anak kecil isu mencuci baju memang penting bagi saya. Mujur di Malaysia Hall ada disediakan coin operated washer and dryer.
Sampai ke bilik kami 5 beranak dibuai mimpi indah mengumpul tenaga untuk hari esok.
1 comments:
hu...banyaknya duit...boleh gi sdyney...mesti kerja gomen....
Post a Comment