Doa pemutus susu

09 January, 2014

Assalamualaikum w.b,t

Entry ni saya buat atas permintaan beberapa orang kawan. Sebenarnya sedih juga nak tulis. Tetapi mungkin ada manfaatnya untuk ibu-ibu yang lain. Cuma bagi saya jika keadaan mengizinkan sempurnakanlah penyusuan anak anda sehingga 2 tahun.


Pada 6/10/2013 si kecil saya Durratul genap usia 2 tahun. Alhamdulillah kali ini Allah beri rezeki untuk saya menyusukan Durra sehingga 2 tahun. Aqil dan Dini dulu hanya ada umur 1 tahun 6 bulan dan 1 tahun 10 bulan. Selepas itu terpaksa dihentikan sebab saya mengandung dan alahan agak teruk. All day sickness.

Selama 2 tahun saya tak pernah tinggalkan Durra di waktu malam. Sebenarnya sehingga 2 tahun Durra bukan juga fully BF. Saya berhenti bekalkan ebm pada umurnya setahun enam bulan digantikan dengan susu formula. Tapi Durra tak minum sangat pun susu di sekolah. Cikgu nurseri cakap dia selalu buat main je (cikgu still bancuh sebab nursery ada feeding session yang ditetapkan). Tapi bila saya balik kerja sehingga malam dan weekends memang dia fully direct feeding. Sanggup "berpuasa" tunggu mama balik. Tapi bab solid food memang makan bertambah-tambah. Anak-anak saya semuanya kuat makan di nursery. Alhamdulillah nursery mereka sangat tak berkira bab makan.

Pada 12hb Disember 2013 saya dijadualkan menghadiri conference di Langkawi selama 4 hari. My mom (opah) , my father (tuk wan) dan my youngest sister (acu) dah setuju untuk datang temankan my hubby menjaga budak-budak. Aqil dan Dini saya tak risau sangat. Risaukan Durra sebab dia tidur malam tak pernah berpisah dengan saya dan "susunya".

Saya mula2 berat hati nak berhentikan bf. Entahla. Saya rasa ibu2 yang BF mesti rasa benda yang sama. Tambah2 lagi keadaan fizikal kali ini mengizinkan. Masa Aqil dan Dini dulu memang saya keletihan sangat2 sebab mengandung. Tapi saya pun x nak susahkan my parents and my sister. Takut mereka tak boleh tidur malam jika Durra meragam. Durra ni kalau menangis memang high pitch terus. Takde esak-esak

Sebulan sebelum bertolak saya baru mula. Itupun x sepenuh hati. Bermula dengan garam dan perwarna merah. Hampir berjaya di waktu berjaga tapi tengah-tengah malam bila mata pejam dia minum juga buat tak tahu.

Bila dua2 x jalan saya behenti sekejap. Seminggu nak bertolak dah kelam kabut. Lebih extreme saya gunakan asam jawa. Ya asam jawa adabi tu. Terpaksa letak hujung katil. Malam bila dia minta "susu" terpaksa sapu. Bila rasa masam dia x nak. Tapi nangis syahdu..2 jam lepas tu bangun lagi minta dan saya pun sapu asam lagi. Bila dia asyik menangis saya pun menangis sama huhuhu.

Bila call my mom dia kata carilah doa pemutus susu tu. Saya ada doa tu tapi tak macam berat hati nak baca. Sebab...erm..bila baca makna dia saya rasa sedih (mode emo). My mom kata nanti sakit perut budak tu asyik makan asam jawa.

Finally 3 hari sebelum bertolak saya baca juga doa ni. Doa ni boleh didapati dalam buku di bawah. Saya tak de mood nak scan jadi saya ambil di google sahaja untuk letak di sini. Lepas baca saya tiupkan pada mulut Durra.



 
Alhamdulillah next day lepas baca dia makin kurang bangun malam. Bila dia minta susu saya bagi botol dia nak minum walaupun hanya 2-3 kali sedut. Sebelum ni bila bagi botol dia baling ke tepi.
 
Hari saya dijadualkan bertolak tiba-tiba demam pula. Huhuhu mungkin kesan emosi tertekan. Maafkan mama sayang. Mama dah cuba bagi terbaik untuk Durra. Durra ni macam Aqil. Kalau stress mesti demam.  Saya terpaksa tangguhkan penerbangan hari berikutnya. Sepanjang hari dan malam saya jaga dia. Asyik peluk dan bisik2 yang saya sayang dia. Mama pergi sekejap sahaja. Alhamdulillah bila my parents dan my sister sampai Durra makin ceria. Demam pun dah ok. Next day saya ambil flight ke Langkawi.
 
Sepanjang saya di Langkawi Durra tidur dengan my sister. Dia memang x nak berenggang lansung dengan acu. Alhamdulillah tak de meragam sangat tapi acu tak boleh hilang. Cuma bila malam dia kadang2 bangun macam gelisah. Bila acu tepuk-tepuk tidur balik. Thanks acu tolong jaga Durra. Esok kalau acu dah kahwin opah mungkin x larat nak jaga lagi (my sister sekarang form 5). Nanti acu berpantang umah Durra la ya. Mungkin ada rezeki masa tu dah mama dah ambil maid.
 



0 comments: