Tulis segala impian anda

20 September, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam saya memunggah kotak-kotak buku lama sebab nak cari sesuatu. Membelek-belek buku semasa undergrad dulu. Banyak sungguh kenangan.

Di salah satu mukasurat terjumpa sehelai kertas yang sudah hampir kuning. Saya scan dan gunakan segala editing software supaya nampak cantik semula. Kalau tak buat macam tu nanti hilang segala catatan.

Nak tahu kertas apa??


 
Nampak macam tulisan budak-budak je kan..hihihi
 
Inilah contengan saya 10 tahun lepas (2003). Masa tu baru 22 tahun. Sem akhir tahun akhir pengajian di USM. Saya sendiri tak ingat nama program yang saya attend. Tapi yang saya ingat pada masa itu kami DIPAKSA menulis impian . Kena buat mind mapping. Short term dan long term. Short term saya masa tu adalah untuk umur 20-25 tahun. Tapi sayang tak jumpa pulak kertasnya. Yang saya jumpa kertas kedua.
 
Nampak macam simple je kan. Tapi Alhamdulillah dengan menulis impian ini ibarat doa. Bak kata pakar kita telah memprogram minda separa sedar kita untuk mendapatkan apa yang kita tulis.
 
Alhamdulillah dengan izin Allah semua impian 25-30 tahun saya tercapai. Cuma impian memiliki rumah tu mula2 macam mustahil sebab rumah di klang valley ni mahal2 sangat. Tapi tetap bersyukur kerana impian kami masih ditunaikan dan dipermudahkan walaupun banyak dugaan masa proses membeli (ENTRY TENTANG RUMAH KAMI)
 
Sekarang saya di fasa 30-35 tahun. Dua telah tercapai iaitu memulakan Phd (2012) dan memulakan bisnes (casa bonda 2012, Shaklee 2013). Masa saya tulis ni saya sendiri pun tak tahu nak bisnes apa. Main tulis je. Tapi kawan saya cakap kalau buat bisnes nanti boleh tolong ramai orang. Lepas tu boleh selalu pergi buat umrah dan haji (ni sembang budak2 namanya..Peer pressure hehehe. kawan saya ni orang Kelantan. Memang family semua buat bisness. Dia sendiri hairan kenapa boleh terlepas ambil course biotechnology huhuhu). Saya ada 3 tahun lagi untuk mencapai 3 impian lain. Moga dipermudahkan semuanya.
 
Apa yang saya nak cuba katakan di sini
 
Ambil sehelai kertas
Tulislah impian anda
Tulis sahaja walaupun anda pun tak pasti
InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya
 
 
# Tergelak-gelak sendiri bila baca apa yang ditulis. Masa tu belum jumpa pun lagi Mr Hubby. Tapi Alhamdulillah kami berkahwin pada usia saya 25 tahun dan dikurniakan 3 anak dari tahun 2007 - 2011. Sekarang rehat dulu sekejap :)
 
 
 

Spageti carbonara untuk kanak-kanak

10 September, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak share satu lagi resepi yang simple, cepat tapi berkhasiat. InsyaAllah akan disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang lemak berkrim.

Resepi yang mama saya nak share hari ini ialah

SPAGETI CARBONARA

Mudah sangat nak sediakannya. Menu ini selalu menjadi pilihan kalau saya sampai ke rumah agak lewat dari tempat kerja.

Bahan-bahan seperti di bawah

Bawang merah (dadu)
Bawang putih (dadu)
Isi ayam (dadu)
Sos carbonara prego
Susu segar
Sayur yang sesuai (saya selalu guna carrot yang di dadu halus dan frozen chopped spinach)
Sedikit serbuk lada hitam kasar

 
Warna hijau 3 ketul tu adalah frozen chopped spinach. Saya selalu stok di rumah sebab mudah untuk memasak makanan anak-anak terutama jika kehabisan stok sayur . Boleh dapatkan di bahagian sejuk beku kebanyakkan pasaraya.  Menu lain yang saya selalu letak frozen chopped spinach ialah nasi goreng, bubur nasi dan creamy potato soup. Di rumah juga saya selalu simpan stok susu full cream dutch lady yang kecil tu (125ml) . Mudah kalau nak letak dalam masakan. Guna terus satu kotak tak perlu simpan baki.
 
 
Chopped spinach.
 
 
 
Cara penyediaan
Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan isi ayam yang di dadu
Letakkan sedikit serbuk lada hitam (bergantung pada tahap umur kanak-kanak)
Masukkan sayur
Setelah isi ayam masak letakkan sos carbonara
Kacau rata dan masukkan sedikit air
Setelah sos mendidih tuang satu kecil kotak susu full cream
Perasakan dengan garam mengikut kesesuaian
Biarkan seketika dan tutup api
 
 

Sambil buat sos carbonara cooker di sebelah saya rebus spageti. Di bungkusan pasta ada tercatat cooking time bergantung pada jenis pasta yang digunakan. Untuk anak-anak saya akan lebihkan masa merebus supaya lebih lembut. Setelah pasta lembut toskan air dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.

Setelah spageti lembut dan sos siap boleh gaulkan sekali. Terpulang pada citarasa masing-masing sama ada nak serve setelah sos dan pasta di campurkan atau serve asing-asing.

 
SELAMAT MENCUBA

 
 

Lawatan ke Kidzania Kuala Lumpur

02 September, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam Aqil tanya saya.

Aqil : mama x letak pun gambar kita pergi kidzania dulu dalam laptop mama (dia maksudkan blog saya)

MasyaAllah memang terlupa. Aqil ni memang sangat particular pasal trip2 yang kami pernah pergi. Dia selalu tanya walaupun dah bertahun-tahun. Hari ni saya sempat cari balik gambar2 di KIDZANIA .

Kami ke sana May 2012.
Cerita 1 tahun lepas
Bermakna mungkin banyak "career" baru di kidzania sekarang.

Sebenarnya Aqil dan Dini pergi anjuran taska dan playgroup Alimkids. Tapi saya ikut sekali sebab kebetulan masa tu free. Labwork belum mula jadi boleh ambil cuti


Kami sampai di Kidzania sekitar jam 9.00 am. Ingatkan datang weekdays tak ramai orang sekaliiiii......berderet-deret bas. Mostly datang weekdays ni rombongan taska.

Rombongan kami. Budak-budak 2-5 tahun.
 
Semput jugak nak melayan kerenah budak-budak kecik yang ramai ni. Salute betul dekat cikgu-cikgu hari-hari melayan they all.
 
Sebelum masuk kena pakai tag khas.
 
Aqil tengah dipakaikan tag
 
 
Setiap kanak-kanak diberikan 50 kidzos. Kena ambil di bank di dalam sana . Kidzos akan digunakan untuk membeli barang (kecuali food and beverages) dan  ada pekerjaan tertentu yang perlu dibayar. Tapi ada juga pekerjaan yang kanak-kanak akan diberikan kidzos sebagai gaji
 
 
 Sebaik sahaja masuk disambut dengan welcoming song.
 
Inilah town dalam kidzania. Memang padat sebab dalam building kan. Kalau kita yang dewasa pusing-pusing sampai tempat sama je. But for kids pastinya rasa sangat excited. Macam tak percaya dalam bangunan ada sebuah bandar.
 
 
 
 First check point kami pergi pusat memproses air mineral Sea Master. Dalam gambar ni Dini tengah cuba menyiapkan satu botol air mineral untuk packaging. Saya tak bawa kamera pun. Cuma bawa tablet jadi leceh sikit nak tangkap gambar. Yang baju hijau dengan kamera tu teacher Farra yang satu ketika dahulu terkenal dengan lagu bagaikan puteri. Teacher Farra instructor Alimkid playgroup di taska Aqil dan Dini
 
Oleh kerana kami ambil pakej berkumpulan makanan disediakan. Ok juga senang macam ni sebab rombongan budak-budak kecik kan. Kalau nak beli sendiri pun boleh tahan mahal makanan-makanan kat dalam.
 
 
KPJ hospital. Kalau tak silap ini bilik pembedahan. Bila anak-anak tengah buat kerja mak ayah tak boleh ikut. Sila tinggal lepak-lepak di luar. Setiap section dah ada photographer khas untuk tangkap gambar anak-anak semasa bekerja. Siapkan duit je kalau nak beli gambar
 
Hot section ni. Bukan main panjang lagi line beratur tunggu giliran. Ada 2 jenis kerja kat sini. Pilot dan cabin crew
 
Best jugak kerja bomba ni sebab nanti budak-budak tu akan naik kereta bomba kecil dari station sebelum sampai rumah terbakar. Memang bingit bunyi siren bomba. Tengok bertapa dedikasinya photographer baju oren tu tangkap gambar.
 
Kerja di stesen minyak. Semangat betul Dini nak mengisi minyak kat kereta. Di sini pun ada dua jenis kerja. Satu kena isi minyak satu lagi jadi driver bawa kereta tu.
 
Junior masterchef. Tengah buat sandwich rasanya
 
 
Sushi king. Rasa nak join sekali je nanti leh makan sushi free. Apakah daya dah terlebih had umur
 
Ini contoh papan tanda pada setiap section. Ada umur-umur tertentu yang dibenarkan untuk setiap pekerjaan, jangkamasa pekerjaan dan berapa gaji yang akan dapat.
 
Studio hitz.fm. Untuk 7 tahun ke atas sahaja sebab kena baca-baca pada screen. Kena cakap ala-ala DJ. Kalau tak cukup umur masuk nanti blur pulak x boleh nak ikut arahan
 
 
Klinik rawatan gigi. Teruja sangat nak minta Aqil or Dini "kerja" kat sini. Mentang-mentang mamanya mengajar di dental school. Tapi Aqil tak minat ntah pergi mana dok sibuk usha nak beli souvenirs. Dini pulak terbeliak mata terkejut tengok patung tu ternganga. Terus nangis tak nak masuk. Takut agaknya huhuhu
 

Gambar ni yang saya share di casa bonda suatu ketika dulu termasuk sharing tips bagi yang berminat nak pergi. Saya beli 3 keeping gambar sahaja pun. Aqil sebagai pilot, Dini sebgai doctor di ER department dan satu lagi gambar Aqil sebagai petrol pump attendant. Total harga 3 gambar tu  RM50 .
 
Ini pula sharing tips yang saya share bersama gambar di atas
 
Ada sesiapa yang nak ke kidzania KL this weekends?
Sedikit sharing tips dari Casa Bonda
  •  Booking tiket online di website. Jika walk in ada kemungkinan anda tidak dapat masuk kerana kidzania menghadkan visitors untuk setiap session
  •  Dapatkan sebanyak mungkin info dari website kidzania.com.my seperti facility map, starting time for each session etc
  • Seperti theme park yang lain2 makanan agak mahal...l jadi pastikan anak anda kenyang sebelum masuk. Sekurang-kurangnya mungkin perlu 1x meal sahaja during visit
  •  Kebanyakkan pekerjaan sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Ada pekerjaan yang perlu memenuhi kriteria tinggi minimum yang ditetapkan.
  • Perlu kesabaran yang tinggi untuk menunggu pekerjaan2 yang glamour seperti pilot, ahli bomba dan lain2. Setiap sessi mereka menghadkan bilangan kanak-kanak. 
  • Photographer khas disediakan bagi setiap pekerjaan. Walaupun anda membawa DSLR sendiri ada kawasan yang anda tak boleh masuk semasa anak "bertugas". Jadi perlu siapkan duit untuk memilih gambar yang berkenan di hati 
  • bawa anak anda ke tempat bertugas yang paling dia minati pada peringkat awal. Barulah dia bersemangat nak posing untuk bergambar. Kesian tengok Dr Nurdini yang kusut masai dan dah penat nak tersenyum masa bergambar. Silap mamanya yang bawa dia ke hospital setelah 3 jam dia mencuba pekerjaan2 lain. Dah penat ala-ala Dr on call
  • macam mana nak pilih gambar? Kanak-kanak akan dipakaikan tag khas di tangan. Bila nak pillih gambar nnt anda hanya perlu ke kedai gambar/photolab dan scan tag di tangan anak. Akan keluar semua gambar di mana dia "bekerja". Kalau ikutkan hati mmg nak beli semua tapi bila ikutkan poket saya beli 3 je (rm50 for 3 pieces). 
  • Untuk kanak-kanak 1-3 tahun boleh bawa ke Urbano's house (upper level) yang mempunyai pool yang penuh dengan bola. Ibu-ibu pun boleh berehat kerana disediakan sofa (setting seperti rumah) atau bermain di Urbano school yang mempunyai setting seperti sebuah taska.
  • entrance untuk surau terletak berdekatan supermarket dan beauty saloon (ground level). Not really happy with the small space provided tapi oklah dari tak ada. Hope they will provide larger space. 
 Ada 2 lagi cuti-cuti kami yang saya "hutang" nak buat entry. Lawatan ke universal studio Singapore 2011 dan lawatan ke Zoo Negara 2012. Adoi gambar pun x ingat simpan di mana.