Set penyimpanan makanan bayi Tupperware

21 May, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,


Beberapa bulan kebelakangan ni Mama tak sempat nak share tentang penggunaan tupperware di blog. Tapi ada a few customer yang bertanyakan tentang feeding set for baby. Kebetulan Durra pun dah mula makan solid food sejak April lepas. Jadi Mama telah combine beberapa item yang dirasakan sesuai untuk penyimpanan makanan bayi




Inilah set yang banyak Mama jual pada customer. Set ni tak terdapat dalam catalog tupperware tau. Mama combine sendiri mengikut kesesuaian. Set mengandungi 4 prosperity bowls, 3 snowflakes cubes dan 1 petite travel cup (tambahan untuk bulan ni kebetulan cup available).



Bowls ni sesuai untuk menyimpan bubur baby. Selalunya Mama masak bubur durra 2 hari sekali dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak panaskan just rendam 3/4 bowl dalam air panas selama beberapa minit (macam nak panaskan EBM).

Snowflakes cubes pulak guna unuk simpan puree. Ala-ala dessert la. Volume boleh isi  lebih kurang 80 ml je. Tak sesuai nak simpan bubur sebab kecik sangat.

Petite travel cup pula mempunyai penutup. Senang nak di bawa berjalan.


Meal Durrah semasa outing. Bowl dan cup tu atas meja berjubin tau bukan atas lantai.


Bucuk Mama baru lepas makan bubur


Stock sangat -sangat terhad ye sebab bowl dan cubes dah tak de di stokis. Sesiapa berminat boleh contact mama 0125550314. Setiap set tak RM 42 tak termasuk postage.




Entry terkumpul March - May

18 May, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria

Setelah hampir dua bulan akhirnya blog ini di update juga. Banyak events yang berlaku selama 2 bulan ni. Memang teringin sangat nak letakkan di blog sebab blog ini ibarat diari Mama dan juga untuk tatapan anak-anak suatu masa nanti. Sebagai permulaan Mama letakkan entry ringkas setiap events. InsyAllah bila berkelapangan Mama akan buatkan entry khusus.


MAC 2012

Makan-makan keluarga sempena belated besday Mr Hubby and my mom and besday Aqil dan  Dini. Mama buat moist choc cake (steam). Kebetulan my parents datang ke Subang. Dapatlah kami berkumpul adik beradik walaupun tak cukup semua. Resepi boleh lihat di sini. Memang sangat mudah nak buat sebab menggunakan sukatan cawan. Topping guna fresh cream. Main dish buat nasi beriani dan pasta bakar. Alhamdulillah semua orang suka. Hilang rasa penat memasak.

Tangan siapala yang tak sabar nak menggodek kek


Masa my mom datang juga dia sempat ajar Mama buat lolichoc. Dah belajar ni dapatla Mama buat coklat untuk makan sendiri, buat untuk goody bag birthday Aqil dan Dini dan hadiah guru sempena hari guru yang lepas. Alhamdulillah selepas berpencen Februari lepas my mom sekarang membuat homemade chocolates dari rumah. Website still under construction. Sesiapa berminat boleh lihat laman facebook RainTown Homemade Chocolates. 




My retail therapy. Tahun ni Mama kembali memegang status sebagai pelajar untuk  ijazah kedoktoran (PhD). Dapat voucher buku. Antara buku motivasi yang dibeli. Nak beli buku berkaitan pengajian tak ada yang bersesuaian sebab most of the time guna journals je. Buat PhD tak sesusah buat degree dulu kena baca buku siang malam dan attend kuliah. Tapi perjalanannya PhD ni memang penuh liku-liku dan dugaan. Ditambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Perlu banyak baca buku-buku motivasi.






APRIL 2012

Buat sambutan hari jadi Aqil dan Dini di nurseri. Terlambat sikit. Sepatutnya Mac tapi Mama terlalu sibuk. Terpaksa tangguhkan sebab hajat Mama tahun ni nak buat kek sendiri dengan edible image. Aqil pilih nak gambar Diego. Dini pulak gambar Dora. Malam sebelumnya Aqil dan Dini tolong Mama bungkus goody bag. Aqil pekerja yang berdedikasi. Maklumlah dah 5 tahun. Dini masih cheeky seperti biasa. Sambil tolong sambil "cukai" masuk mulut



Di nurseri.

Untuk goody bag kanak-kanak Mama buat lolichoc. Untuk teachers Mama buat praline chocolates.


Aqil suap Mama kek. Dia pun ternganga mulut



Dini pulak nak suap Mama



MAY 2012

Family vacation ke Cameron Highland bersama 10 orang kanak-kanak. Fuhhhh...sungguh mencabar. Tapi sungguh best dan bermakna.