Tupperware Rice Dispenser

24 May, 2011

Sebenarnya ada a few request minta buat review pasal rice dispenser Tupperware. Tapi review kali ni bukan 100% dari Mama because Mama punya Tupperware rice dispenser version lama. Dah guna almost 5 years. Tapi prinsip dia tetap sama walaupun bentuk dan warna berbeza. Beras yang lama akan digunakan dulu sebab kalau kita top up beras baru akan berada di atas.

My Tupperware Rice Dispenser

Yang di bawah ni currently dalam pasaran. Disertakan dengan box. Senang kalau nak bagi hadiah. X payah pening-pening nak cari kotak yang sesuai.


Inilah rupa dia. Berbanding yang lama, version sekarang lebih pendek tetapi lebar. Boleh memuatkan kira-kira 10 kg beras. Seperti yang lama, terdapat juga see -through window untuk kita lihat level beras. Setiap kali kita pull drawer akan dapat 1 cawan beras (150g)


Juga disertakan dengan manual


 Untuk review dan cara penggunaan boleh lihat video di bawah.

Berkelah dalam kereta

20 May, 2011

Alhamdulillah both my kid memang kategori yang SUKA MAKAN especially Dini ( Aqil kadang-kadang memilih sikit). Kecik-kecik dulu Aqil jenis tak suka makan sangat. Asyik nak susu je. Dah besar sikit ni baru suka makan. Mungkin sebab ada adik Dini kot.  Celik mata bangun tidur je dah tanya pasal makan. Memang sangat excited nak masak. Sebab tu masa Mama mabuk-mabuk mual tak boleh masuk dapur rasa sangat sedih. Kesian tengok they all asyik makan makanan yang "ditapau" dari kedai.

Dini dalam perut lagi dah kuat makan. Tengokla pipi dia masa baru lahir. Sampai sepet mata.


Oleh sebab Aqil dan Dini suka makan jadi kalau perjalanan jauh contohnya balik Taiping Mama akan siapkan makanan untuk berkelah "dalam kereta". Simple meal je tapi rasa sangat berbaloi sebab

Kalau makan di kedai RnR.
  • Selain beli makanan akan ada terbeli benda-benda lain seperti permainan dan jajan-jajan sebab Aqil dan Dini akan golek-golek minta
  • Makanan kadang-kadang rasa macam tak berpatutan dengan harga.
  • Susah nak cari meja dan seats yang bersih especially kalau peak seasons (cuti sekolah, Raya etc)
  • Ada gerai yang Mama rasa food dia OK tapi mak aii line customer punyala panjang. Malas betul nak menunggu.


Berkelah dalam Exora kami. Papa terpaksa makan sorang-sorang kat depan sebab Mama nak kena monitor kids makan di belakang.


Kalau traveling jauh a few seats kami lipat letak comforter. Boleh kids baring2 sambil tengok DVD.


Bihun goreng, nugget, karipap and air laici. Simple tapi sangat berbaloi.

menu simple anak-anak - roti telur

Hari Jumaat seperti biasa lunch break memang office sunyi. Tapi kawan ajak lunch di luar tapi Mama pulak  malas nak keluar. Konon-kononnya nak "mengemas ". Serabut tengok meja office penuh dengan exam script. Alhamdulillah marking for exam dah habis.  Bolehla susun dan simpan script-script ni.

Sempat jugak kemas folder-folder gambar. Terjumpa gambar di bawah. Just to share resepi simple favourite anak-anak especially Dini.



 

Bahan-bahan yang diperlukan. Sebenarnya ada telur roti dan minyak pun dah cukup. Susu tu saja tambah supaya lebih berkhasiat. Olive oil untuk menggoreng. Black pepper dengan bawang tu khas untuk  selera Aqil dan Dini anak-anak kacukan rembau taiping. Suka makan yang pedas-pedas sikit. Kalau buat untuk dewasa boleh letak cili padi hiris. Lagi kick. Selalu bila buat roti telur Mama x letak pun garam. Ok je rasanya takdela pulak tawar sampai tak boleh diterima tekak. May be sebab roti pun dah masin-masin sikit kot.


Celup roti ke dalam campuran telur+susu+pepper+bawang. Terpulang pada selera masing-masing nak celup both side atau one side je. Mama celup satu side je. Satu lagi biar kosong. Nanti balikkan bakar sekejap supaya garing. Jadi satu side moist satu side garing

 Dah siap. Kejap je nak buat.

Fridge yang colourful

16 May, 2011

Droolingggggggggggggg..............

Gambar kredit : Tupperware.com.my

Gambar untuk campaign terbaru Tupperware. Khas untuk peminat snowflakes yang tak sempat dapatkan stok dulu. Sila lawati DiNiTupperwareKiosk untuk maklumat lanjut.

Mr Hubby dengan Papa (my father) selamat berlepas ke Jeddah pukul 3 petang tadi untuk mengerjakan umrah selama 11 hari. Mujur Mama ada adik2 yang boleh temankan. Setakat malam ni Aqil dan Dini masih OK. Sebelum tidur tadi seperti biasa cari Mr Hubby. Tapi masih boleh terima alasan Mama yang papa (Mr Hubby) pergi kerja jauh. Moga-moga mereka dapat bertahan selama 11 hari (setakat ini paling lama pun Mr Hubby out station 5 hari). Belek-belek baju di laundry area td dah asingkan satu T-shirt dan kain pelekat Mr Hubby. Tak tahula petua orang lama-lama dulu masih berkesan ke tidak pada anak-anak zaman moden ni.