Lif menjunam

02 October, 2010

'Macam gempa'


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak


am@hmetro.com.my


2010/10/01 PETALING JAYA: “Seluruh bangunan pangsapuri 18 tingkat ini bergegar kuat seperti gempa bumi sejurus lif berkenaan terhempas jatuh diikuti dengan bunyi letupan,” kata salah seorang pelajar, Mohd Taqiuddin Ali, 15, yang kebetulan menunggu di hadapan pintu lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat sembilan pangsapuri berkenaan, semalam.


TEGANG...beberapa penduduk hilang sabar sebelum mencabar pihak pemaju.


KUGAHAN...patah dua tulang kaki kanan Menurutnya, dia yang tergamam dengan kejadian itu mampu mendengar bunyi jeritan dan rintihan mangsa yang ketika itu masih terperangkap di dalam lif.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasang suami isteri dan dua pelajar cedera selepas lif dinaiki mereka untuk pulang ke unit rumah masing-masing terhempas di tingkat bawah Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri.

Klik SINI untuk berita penuh
Sumber : Harian Metro

Mungkin ramai yang tahu pasal berita ni. Mama mulanya tahu bila dengar AM Crew di Hot FM semasa on the way ke office Jumaat pagi . Fafau dan FBI buat topik sembang pagi berkenaan lif. Caller yang call cerita pasal pengalaman masing-masing termasuk artis Lisdawati yang mana ibunya terperangkap hampir 4 jam dalam lif bersama cucu (anak Lisdawati) sebelum diselamatkan.

Tertarik jugak dengan tips yang Fafau bagi. Katanya dia jumpa di internet. Langkah-langkah yang boleh anda lakukan jika anda rasa lif menujam ke bawah (Nauzubillah). Mungkin jika perkara ini berlaku kita akan panik . Tak tahulah boleh nak buat apa yang dicadangkan atau tidak. Tapi letak di sini sekadar untuk perkongsian. Sumber asal Mama tak tahu sebab Fafau tak mention pulak source. Antara point yang Mama ingat

1) Tekan no di setiap tingkat di bawah aras anda berada. Contohnya jika anda berada di tingkat enam ketika itu, tekan butang aras 5,4,3,2,1. Jika bernasib baik lif mungkin akan berhenti/tersangkut di mana-mana aras yang ditekan.
2) Jika lif ada pemegang di bahagian dalam, pegang dengan erat
3) Sandarkan badan dan kepala anda pada dinding dan bengkokkan sedikit lutut (untuk lebih sokongan dan kurang hentakan)

Takziah Mama ucapkan kepada mangsa dan keluarga. Semoga pihak yang bertanggungjawab tidak menyelanggara lif tersebut dengan baik di bawa kemuka pengadilan.

hayatizain : Baru belajar perkataan baru "claustrophobia" ( fear of having no escape and being closed in ).


0 comments: