Kisah hidupku :
Kereta saya hanya sampai ke porch rumah selepas 7 petang. Setiap hari menempuh traffic jam pagi dan petang. Malam lepas pukul 10 baru tidurkan anak2. Tak sampai hati nak paksa they all tidur awal sebab dah sehari suntuk duduk nurseri. Malam sahaja masa nak bermanja dengan mama dan papa. Bila anak2 tidur (kadang2 mama pun tertidur sekali) baru nak mula dengan kerja rumah di bawah. My daughter fully bf jadi dia ada sensor semulajadi. Rekod paling lama dicatatkan satu jam setengah je. Lepas tu dia akan mula terjaga cari bau mamanya yang hilang. Papanya pujuk pun dia tak layan. Hujung minggu pula hubby sibuk dengan kelas MBA. Tinggal kami 3 beranak golek2 depan TV. Anak2 kesayangan saya macam ada symptom separation anxiety. Mama tak boleh pergi jauh lebih dari 1 meter. Kalau saya bangun dua-dua akan terkedek-kedek ikut walaupun dah diumpan dengan sekotak besar toys. Yang abang dah pandai berjalan yang adik pula mengesot ala2 tentera. Rasa macam ibu itik diikut anak2 ke sana sini huhuhu tapi saya sangat sayangkan mereka.
Jadi marilah berkongsi idea dan tips. Macam mana nak organise rumahtangga. Saya bukan harapkan rumah perfect, cantik berkilat kemas tersusun rapi macam dalam majalh Impiana atau Anjung Seri. Tapi sekurang-kurangnya tak serabut hati dan mata memandang. Sesuatu yang praktikal (tak perlu kos mahal2) untuk ibu bekerja dan tak ada bibik seperti saya. Supaya tak jadi lipas kudung setiap pagi cari barang sana dan sini . Suami dan anak-anak pun selesa dan happy.
Di samping bertukar idea dan tips saya nak buat giveaway. Temanya LET'S GET ORGANISED
Mari kita jenguk dulu hadiah giveaway
Ekslusif dari BeautiControl (skincare product di bawah jenama Tupperware) . Untuk details on BeautiControl sudi-sudilah menjenguk dini-tupperwarekiosk.blogspot.com. Hadiah ni pun ada di jual di sana sempena new campaign tupperware tapi ia adalah purchase with purchase item. Hp buruk ku itu bukan hadiahnya ye. Kalau saya offer hp tu sure tak de sape nak join2 huhuhu
Saya nak bagi Black Croco Style Jewelry Organizer. Yang dalam pic ni milik saya . Untuk pemenang nanti pastinya yang baru (masih selamat di dalam kotak). Jadi segala harta-karun brooch macam dalam pic tu tak termasuk dalam hadiah giveaway ye.. Saya suka box ni sbb banyak compartment. Senang nak asing2 kan brooch ikut colour nak matching dengan tudung. Orang semua dah advance dengan tudung Ekin. tudung Hajabba dan tudung Dato Siti yang tak payah banyak2 brooch tapi saya pulak masih setia dengan tudung bawal. Sebab itu organisation of brooch sangat penting bagi saya setiap pagi. Box ni pun boleh dikunci.
Syarat-syarat penyertaan giveaway
Letak gambar LET'S GET ORGANISED giveaway di atas di side bar blog anda
Buat satu entry bertemakan LET'S GET ORGANISED. Anda boleh berkongsi tips bagaimana anda organise/manage rumah contohnya dapur, bilik air, mainan anak2, kain baju dan pakaian, bilik study etc (ikut kreativiti masing-masing nak memilih)
Oleh kerana giveaway ini lebih kepada konsep sharing tips, jadi pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan undi
Setiap entry layak untuk satu undi. Walau bagaimanapun anda boleh menggandakan peluang dengan berkongsi tips lebih dari satu tempat/perkara (contohnya macam mana anda organise mainan anak2 dan organise baju ahli keluarga). Ini dikira sebagai 2 undi tetapi boleh combine dalam 1 entry sahaja.
Setiap entry perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya SATU gambar yang berkaitan.
Setelah siap tinggalkan link anda di bahagian komen
Tarikh tutup adalah pada 19 NOVEMBER 2009.
Jadi marilah sertai giveaway ni ramai-ramai ye.Sesiapa yang tak faham syarat2 di atas boleh bertanya ye.
RUMAHKU SYURGAKU
SHARING IS CARING