Sedikit perkongsian buku di hari Jumaat
Penerbit :PTS
Harga : RM18.00
Mukasurat : 170
Buku ini sebenarnya Mr Hubby yang beli semasa dia ada lecture dengan Dr Zaharuddin untuk course Islamic Finance. Tengok tajuk je dah menarik hati. Gigih Mama habiskan pada hari yang sama. Tajuk yang sungguh relevan dengan situasi sekarang. Zaman sekarang sudah nak cari orang yang tak ada account facebook. Hatta budak sekolah rendah pun dah ada facebook. Mama sendiri ada 1 personal account dan 2 pages untuk online bisnes.
Jom kita lihat petikan dari buku
Petikan dari buku :
Zaman ini, facebook digunakan di mana sahaja , di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar NGO malah kerajaan sebuah negara juga menggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.
Cuma golongan yang masih kurang menggunakan facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan
Facebook adalah agenda yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam
Facebook agen CIA
Facebook melalaikan
Facebook mendedahkan diri kepada zina
Facebook mendedahkan aib diri sendiri
dan banyak lagi
benarkah dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional
Kertas agak glossy jadi tangkap gambar tak berapa clear
BAHAGIAN 1 : Facebook : ke Syurga ataupun ke neraka?
Bab 1 : Hukum Facebook dan Blog
Bab 2 : Dosa-dosa dan Facebook
Bab 3 : Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri
Bab 4 : Panduan berblog dan Facebook
Bab 5 : Blog dan Facebook perantara ulama dan rakyat
Bab 6 : kaedah mengambil manfaat daripada Facebook, ceramah dan blog ilmuwan
Bab 7 : Fenomena puji, ampu dan bodek di Facebook
Bahagian 2 : Kongsi status Facebook berhikmah
Bab 8 : Akidah
Bab 9 : Ibadah
Bab 10 : Bersih jiwa
Bab 11 : Keluarga dan rumahtangga
Bab 12 : Lelaki dan wanita
Bab 13 : motivasi
Bab 14 : Hari Raya
Bab 15 : English
Buku LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA DAN DOSA ni boleh dibeli di kedai-kedai buku (MPH, Popular etc).