Durratul Syafiah Bt Najmi Rahimi
3.12 kg
8.45 am 6 October 2011
Kelahiran cahaya mata ketiga kami. Caesarian ketiga buat Mama selepas 2 kali emergency caesarian sebelum ini. Walaupun 3 kali berada di dalam OT yang sama , dikendalikan gynae dan pakar bius yang sama , Mama fikir pengalaman yang dilalui akan sama sahaja. Tetapi kuasa Allah , kelahiran kali ini sedikit berlainan. Jika kelahiran Aqil dan Dini kecemasan sebelum dilahirkan (heartbeat baby jatuh..tak nak keluar2 sebab cord round neck) , kelahiran Durra pulak mencetus sedikit kecemasan di OT dan setelah di ward..Alhamdulillah ...Kecemasan dapat dikawal..Sesungguhnya setiap kelahiran anak itu sebenarnya berbeza.
Kali ini juga Mama berpantang rumah sendiri. Ditemani suami, anak-anak dan adik. Bukan tak mahu pulang ke rumah opah tetapi Aqil dan Dini yang sudah biasa dengan rutin belajar dan bermain di nurseri dan playgroup Alimkids (Ya Dini pun dah join Alimkids bermula Ogos lepas. She's soooooo happy) pasti akan bosan jika semua itu ditinggalkan (berdasarkan pengalaman melayan kerenah Aqil masa berpantangkan Dini dulu). Anak no 3 lebih selesa berpantang di sini. InsyaAllah cuti sekolah nanti opah akan datang temankan pula (My mom kata saya tersilap plan. kalau bersalin after Feb tahun depan boleh dia temankan dari awal sebab dah pencen..hehehe). Pagi abang dan kakak ke nurseri. Mama punya masa untuk si kecil, menyiapkan proposal untuk PhD dan mengumpul tenaga untuk melayan keletah yang abang dan kakak setelah pulang dari nurseri.
InsyaAllah jika berkesempatan Mama akan share beberapa perkara di sini. Banyak benda nak dicoretkan buat kenangan cuma bab nak mengarang belum datang moodnya lagi.