Capati

04 December, 2010

Bangun pagi tadi teringin sangat nak makan capati. Kebetulan ada lebih kari sayur malam tadi (suppose to be dalca. Dah mula masak baru sedar tak de stok dal).  Dah lama tak buat capati sendiri. Masa pregnantkan Aqil dulu cukup rajin buat capati. Balik kerja dengan perut besar pun gigih menguli capati sebab masa tu Mama sangat suka makan capati dan tosai. Tosai tak buatlah. Beli je kat kedai mamak. Mungkin sebab tu Aqil sekarang suka sangat makan kari. Pagi raya orang lain makan rendang dia sibuk nak mintak kari.

Kalau beli tepung atta selalunya disertakan resepi capati di belakang pek. Mama guna resepi yang my father bagi. Campur tepung atta dan tepung gandum. Kalau nak guna semua tepung atta pun boleh

Bahan-bahan
2 cawan tepung atta
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil minyak sapi (kalau nak lebih healthy boleh ganti dengan corn oil)
sedikit garam
11/4 cawan air suam (boleh kurang atau lebihkan mengikut kesesuaian)

Cara membuat
Campurkan tepung, garam dan minyak sapi/minyak
masukkan air sedikit demi sedikit
Uli sehingga sebati dan tak adunan tak melekat pada tangan
Biarkan sekurang-kurangnya 1/2 jam
bentuk menjadi doh-doh kecil dan canaikan. Boleh guna tepung semasa mencanai untuk mengelak adunan melekat
Bakar atas non stick pan dengan api yang kecil (tak perlu letak minyak)

Sesi mencanai. Tak pernah dapat shape perfect round. Takpela nak makan sendiri je. Mama guna Tupperware cutting board sebagai alas. Sungguh selesa


Semasa membakar boleh jugak tekan-tekan dengan kain bersih yang dibunjutkan (macam sup bunjut adabi tu). Tapi Mama tak buat pun sebab sambil bakar sambil menggelek kat tepi.


                                                                       Dah siap bakar


On plate. Tangan yang menyibuk tu tangan Dini



0 comments: