My Hubby Convocation

06 December, 2010

ALHAMDULILLAH





Mr Hubby telah selesai perjuangannya mendapatkan Master in Business Administration (MBA) . Last 2 weeks was his convocation. Bila tengok gambar ni especially gambar di atas (with family members) rasa macam nak menangis. Tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih pada keluarga Mr Hubby dan keluarga Mama.  Sepanjang pengajian Mr Hubby kami jarang pulang ke kampung kerana kelas Mr Hubby Sabtu dan Ahad (he took executive MBA). Apa yang paling Mama takutkan ada hati ibu bapa kami yang terasa sebab semakin tua kita akan lebih sensitif jika anak-anak dan cucu jarang pulang menjenguk.
Alhamduilllah both family sangat memahami dan memberikan sokongan penuh. Malahan, most of the times my parents in law and my parents yang akan datang menjenguk kami di Subang.Jazakallahu khairan kathira atas segalanya

hayatizain : InsyaAllah mengikut perancangan fakulti, my turn will be end of next year. I know getting PhD is not an easy journey. InsyaAllah I will try my very best.  Semoga dipermudahkan segalanya AMINNN.

Capati goreng

Samalam ada buat entry tentang capati di sini. Pagi tadi untuk sarapan masak pasta goreng. Bila tengok ada balance sambal sardin makan malam semalam teringin pulak nak buat capati goreng ( among my family we call it roti puri). Berbaloi kalau masak banyak-banyak sebab my sister dan my brother ada di rumah. Ada orang yang boleh TOLONG MAKAN, TOLONG JAGA MY KIDS (bolehlah Mama masak dengan tenang) dan TOLONG KEMAS DAPUR nanti.

Untuk bahan-bahan dan cara membuatnya lebih lebih kurang sama dengan capati. Cuma mungkin kurang "healthy " sikit sebab perlu digoreng. Tapi bila compare dengan roti canai rasanya capati goreng better sebab ada fiber (dari tepung atta) dan dough tak letak minyak langsung.

Bahan- bahan
2 cawan tepung atta
1 cawan tepung gandum
Air suam
1 sudu besar susu pekat (x nak letak pun takpe)
Sedikit garam

Uli semua bahan-bahan di atas.
Rehatkan selama 1/2 jam sebelum di canai.
Goreng dengan minyak terendam


 Capati goreng dengan sambal sardin

Untuk dapatkan capati goreng yang kembung macam atas tu, dough perlu di canai dengan nipis dan minyak perlu betul-betul panas bila nak digoreng.

Tupperware Eco Bottle Spring

04 December, 2010

Sebelum ni Mama ada buat satu blog  tentang pengalaman menggunakan Tupperware. Tapi rasanya lepas ni entry akan buat di Casa Bonda je. Lebih senang nak manage. Untuk entry mengenai Tupperware di Casa Bonda boleh klik pada ALL ABOUT TUPPERWARE di bahagian labels (left side). Entry di blog lama ialah mengenai OT Topper, Freezer Mate, Salt N Spice Set, Garlic N All Keeper dan Legacy Floria



For this entry nak share tentang penggunaan Eco Bottle Spring.

Last week Mama ada kursus selama seminggu. Seperti biasa kalau pergi kerja atau kursus Mama akan bawa bekalan air dari rumah menggunakan High Handolier With Pouch (1.5 L). Tapi untuk kursus kali ini 100% ceramah dan seat agak rapat. Space agak limited nak letakkan High Handolier. Nak minum pun susah sikit sebab agak berat nak angkat (Mama memang isi full)

Hari kedua Mama bawa Eco Bottle Spring (500ml) yang comel tu. Tak jadi masalah nak refill air sebab entrance auditorium ada water dispenser. Senang dipegang. Organizer memang ada supply air mineral tapi rasanya dengan guna Eco Bottle ni adalah satu contribution kecil untuk kurangkan plastik di persekitaran.

Saiz botol ni sangat comel. Bila habis kursus Mama habiskan semua air dan masukkan dalam handbag.

Jangan pandang isi handbag yang berselerak. Pandang Eco bottle tu je ye



Perbandingan saiz Eco Bottle 1L dan 500 ml

Dalam kereta

Sesuai digunakan untuk anak-anak bawa bekal air ke sekolah. Air tak mudah tumpah sebab penutupnya yang boleh diketatkan. Also it can easily slip in the side pocket of the bag

Pic taken from tupperware.com.my
Tupperware Eco Bottle Spring boleh didapati dengan 4 warna yang menarik dan ceria. Ada Eco Cherry (macam dalam beg Mama), Eco Lemon (yellow), Eco Orange (Orange) dan Eco Lime (hijau).

Tupperware Eco Bottle Spring kini boleh didapati  DiniTupperwareKiosk



Capati

Bangun pagi tadi teringin sangat nak makan capati. Kebetulan ada lebih kari sayur malam tadi (suppose to be dalca. Dah mula masak baru sedar tak de stok dal).  Dah lama tak buat capati sendiri. Masa pregnantkan Aqil dulu cukup rajin buat capati. Balik kerja dengan perut besar pun gigih menguli capati sebab masa tu Mama sangat suka makan capati dan tosai. Tosai tak buatlah. Beli je kat kedai mamak. Mungkin sebab tu Aqil sekarang suka sangat makan kari. Pagi raya orang lain makan rendang dia sibuk nak mintak kari.

Kalau beli tepung atta selalunya disertakan resepi capati di belakang pek. Mama guna resepi yang my father bagi. Campur tepung atta dan tepung gandum. Kalau nak guna semua tepung atta pun boleh

Bahan-bahan
2 cawan tepung atta
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil minyak sapi (kalau nak lebih healthy boleh ganti dengan corn oil)
sedikit garam
11/4 cawan air suam (boleh kurang atau lebihkan mengikut kesesuaian)

Cara membuat
Campurkan tepung, garam dan minyak sapi/minyak
masukkan air sedikit demi sedikit
Uli sehingga sebati dan tak adunan tak melekat pada tangan
Biarkan sekurang-kurangnya 1/2 jam
bentuk menjadi doh-doh kecil dan canaikan. Boleh guna tepung semasa mencanai untuk mengelak adunan melekat
Bakar atas non stick pan dengan api yang kecil (tak perlu letak minyak)

Sesi mencanai. Tak pernah dapat shape perfect round. Takpela nak makan sendiri je. Mama guna Tupperware cutting board sebagai alas. Sungguh selesa


Semasa membakar boleh jugak tekan-tekan dengan kain bersih yang dibunjutkan (macam sup bunjut adabi tu). Tapi Mama tak buat pun sebab sambil bakar sambil menggelek kat tepi.


                                                                       Dah siap bakar


On plate. Tangan yang menyibuk tu tangan Dini