Turn off the stove ?

29 July, 2010

Mama tertarik dengan perbincangan di mailing list UmmiKu Sayang (UKS) tentang persiapan Ramadhan. Ia lebih kepada curahan idea bagaimana kita boleh memanfaatkan sebaiknya Ramadhan untuk beribadat instead of sibuk dengan "aktiviti memasak" setiap hari. Just cut and paste opinions from sisters

*********************************************************************************
This Ramadan, let's remove our inner and outer obstacles to spiritual success.

*At the inner level, let's start by ditching any feelings of guilt,competition or jealousy we may have for other sisters. You know who I'm talking about: the ones who can whip up a five-course Iftar plus dinner faster than you can say "what should I make for supper tonight?"The ones who can hold a full-time job, ferry their kids to extra-curricular activities and still **hold grand Iftar parties at their homes.*
Now we're ready to do something about the biggest outer obstacle to spiritual success every Ramadan: our families. We love them and yes, their demands for food high in fat, salt and sugar can be indulged once in a while in Ramadan. But doing this every Iftar seems to defeat the purpose of fasting in the first place. Remember, it's about self-control, even after we're allowed to eat.

Here is an eight-step plan to help you gain more time in Ramadan for spiritual success:

1. Call a family meeting-today. We've got barely a week until Ramadan begins. Choose a day and time when everyone can be present.
2. Serve a sample Iftar menu at the meeting (I'll explain why in point 3)

3. Start off the meeting with the food. Then once everyone is comfortable, explain very kindly that you will only be making this food five times this Ramadan: once a week and once when guests are invited over.
4. When the news has sunk in, explain further to your family that you would like Ramadan to be a time for becoming closer to Allah. You cannot do this if you have to spend most of your time cooking and cleaning up after everyone. Be firm but polite.
5. Discuss the Ramadan meal plan. Ask everyone to share what kind of dishes they would like to eat that are healthy.
6. Once all the ideas are in, establish a cooking and cleaning schedule so that everyone pitches in. Explain that while you will still be doing the main cooking, other family members will have to help either with pre-Iftar
arrangements (setting table, calling everyone, etc.) or post-Iftar ones (washing dishes/loading dishwasher, wiping counters, sweeping, etc.). A sample form you can use is herehttp://soundvision. com/ramadan/ chore.asp
7. Enforce the schedule by rewarding children. For younger kids, a chore chart with a sticker for each day of help offered could work, as well as a small toy or gift at the end of every successful two-week period. For older kids, you could promise to spend a whole day with them doing something they enjoy after Ramadan or extend a privilege they have (e.g. access to the car if they drive).
8. For husbands, express your appreciation verbally by saying thank you and explaining how the extra help is a real spiritual boost.



If this plan is successfully implemented, you can extend it to the rest of the year, thereby gaining more time to focus on your spiritual needs. But even if you get more time on your prayer mat than over your stove just one
month out of the year, the one where our good deeds count for more, it'll be worth the effort.
SIS LILY


Since we've been living in LA, the cultural influence of breaking iftar with a table full of food does not affect us anymore. For us, fasting is very similar to just skipping lunch. So for sahur, we eat breakfast. Oatmeal/Toast/ Eggs/Waffles/ Cereals, and then for iftar, its dinner as usual. Rice with about two dishes, one of them a vege dish. After terawih, we eat dessert, usually fruits or ice cream. So in terms of menu, Ramadhan doesn't really change anything. I just find it refreshing that I don't have to spend much time thinking and preparing breakfast, lunch and dinner, and can focus on reflecting on the soul within.
SIS RINA


Was thinking of the same thing after one sister shared her experience of fasting in Mekah..
She mentioned that some Arab families and her guests there actually pre-cooked the ramadhaan meal before Ramadhan.. they cooked and freeze the food for the month, so taht the ladies expecially, dont have to spend time coooking only, but can also focus reading Quran. i myself admit to NOT having the time to complete reading the 30 juzuk Quran during ramadhan, when actually semua amalan kita berlipat kali ganda masa bulan puasa..
SIS FINAZ


*********************************************************************************



Lepas baca semua email  Mama cuba plan a few things untuk persiapan Ramadhan kali ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, untuk berbuka biasa Mama dan Mr Hubby biasanya makan simple-simple je seperti kurma (compulsory) , minuman panas dan sejenis makanan ala carte (bihun goreng, bihun sup, yong tau fu, nasi ayam etc). Kalau sempat jengah ke pasar Ramadhan beli sedikit kuih. Memang sangat jarang makan nasi  untuk berbuka tapi untuk sahur kami akan makan NASI BERLAUK yang di masak sendiri. Mr Hubby tak kisah walaupun lauknya simple seperti telur goreng masak kicap asalkan homemade dish. Tahun ini jugak Aqil dan Dini dah masuk kategori toddler yang SANGAT BERSELERA MAKAN. Jadi Mama memang kena plan betul-betul menu untuk meal mereka siang hari di hujung minggu sebab anak-anak Mama ni especially Aqil kalau lapar je dia akan berbunyi tak berhenti-henti. Antara plan Mama : (sebagai my checklist)

1) Siapkan chicken, anchoives and vegetable stock untuk dibekukan.
Hujung minggu untuk Aqil dan Dini boleh buat pasta soup (alhamdulillah both of them sangat suka makan mee dan pasta). Boleh juga rebus beras dan kemudian tuang stock untuk jadikan bubur nasi. Untuk bersahur penyediaan stock juga mudahkan Mama nak buat sup sayur. Potong sayur-sayur yang cepat masak (bayam, sawi, carrot, bracolli ) dan campur dalam stock. Boleh juga pecahkan telur untuk sumber protein.

2) Siapkan sambal yang siap ditumis dan bekukan. Masukkan dalam Tupperware kecil-kecil untuk mudah defrost untuk sekali masakan.
Sambal ni boleh divariasikan untuk masak ala carte semasa berbuka atau masa sahur. Boleh buat penumis untuk bihun dan mee goreng, ikan masak sambal, sambal ikan bilis, sambal udang dan sebagainya.

3) Siapkan pre-cooked  kari dan masak kurma
Nak masak just tambah ayam, kentang dan santan. Takdela sibuk nak menumis pagi-pagi buta. Boleh juga buat lauk kids di siang hari.

4) Beli/ siapkan  frozen kuih.
Frozen kuih ni buat standby kali teringin nak makan kuih masa berbuka tapi tak sempat atau terlalu penat nak cari parking untuk singgah pasar Ramadhan. Mama rasa frozen kuih ni memang dah banyak jual kat mana-mana. Kat petronas pun tengok ada jual frozen karipap. Tapi tak semua ngan dengan selera Mama. Setakat ni tempat yang Mama selalu beli (dan ngan dengan selera Mama and Mr Hubby) ialah satu tempat di Bangi.  Ada frozen donut, karipap daging yang sedap dan kuih koci yang lemak manis. InsyaAllah kalau sempat Mama bercadang nak buat frozen mini murtabak yang dipelajari dari Mak (my mother in law). Dah lama Mama tak buat mini murtabak ni sejak ada dua budak kecik yang SANGAT RAJIN nak menolong di dapur.

5) Beli serunding ayam/ikan/daging
Serunding ni selalu jadi lauk emergency kalau terlewat bangun untuk sahur sebab Dini asyik nak bergayut Makan dengan nasi panas je dah cukup untuk buka selera.

6) Buat oatmeal with fruits and nuts banyak-banyak dan simpan stok susu kotak
Again as emergency meal during sahur.  Kami pernah bangun sahur takde elektrik (ada gangguan sebab malam tu hujan lebat). Nak masak nasi pun tak boleh.


Untuk persiapan raya tak ada yang penting sangat. Tahun ni memang tak de sibuk nak tempah langsir sebab baru buat langsir masa masuk rumah September tahun lepas. Baju raya Mama dan kids semua dah siap dibeli (Mama jenis beli baju yang siap dijahit). Tinggal baju Mr Hubby tunggu Parkson start jual baju Melayu (Mr Hubby pun suka beli baju siap) . Bulan puasa ni tak nak fikir pasal shopping-shopping baju. Biarpun ada orang kata l shopping time Ramadhan nanti baju designnya lebih cantik dan terbaru tapi sejak jadi MAMA ni bab persiapan sendiri tak berapa penting. Asalkan ada baju.

Tahun ni jugak kalau boleh nak buat biskut sendiri. Tapi nak buat yang simple-simple 3 jenis (Choc chip, honey conrnflakes dan biskut arab). Mama ni memang malas sikit buat biskut sebab MALAS nak terap dan tunggu lama-lama depan oven. I prefer to bake cake. Senang dan cepat. Mungkin kat Semenanjung ni budaya kita more tu biskut. Teringat masa study dulu my friend dari Sarawak balik ke hostel bawak berjenis-jenis kek sebab kat sana they all lebih kepada kek. Tak banyak buat biskut. Sebab tu Mama pun plan nak beli premix moist choc cake and cheese cake di BAGUS. Tetamu datang boleh hidang kek.

Setakat ni baru itu yang ada dalam checklist Mama. Akan sentiasa diupdate bila idea datang.

Dah lama tak letak gambar Aqil dan Dini. Latest pic of them. Aqil tolong sikatkan rambut adik Dini pagi-pagi sebelum ke nurseri. Muka Aqil serius habis.


Rawatan di Darussyifa

13 July, 2010

Sebenarnya Mama nak buat entry tentang pengalaman rawatan di Darussyifa tapi tak tahu nak mula dari mana. Jadi Mama ceritakan segalanya dengan menjawab soalan-soalan yang pernah ditanya ada Mama oleh kawan-kawan bila mereka dapat tahu kami mendapatkan rawatan di sana.

Darussyifa ni klinik apa?
Darussyifa ialah sebuah klinik rawatan di bawah persatuan kebajikan dan pengubatan Islam Malaysia. Idea penubuhannya dikemukakan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din. Kaedah rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa.


Kat Bangi je ke ade?
Berdasarkan infomation di website klinik Darussyifa' turut terdapat di negeri-negeri lain. Boleh rujuk di web. Kami memilih Bangi kerana rumah kak Ngah (my SIL) terletak di sana. Bangi pun dah jadi macam kampung halaman no 2 Mr Hubby sebab zaman kanak-kanaknya banyak juga dihabiskan di sana semasa my FIL sambung belajar di UKM.


Kalau pergi sana boleh jumpa Ustaz Harun Din ke?
Di sana mereka mempunyai jadual untuk rawatan yang dikendalikan oleh perawat-perawat yang berlainan. Untuk jadual boleh lihat di web site Darussyifa'. Berdasarkan jadual sekarang rawatan dengan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din hanya pada hari Selasa pagi (yang Mama tahu dihadkan untuk 200 pesakit sahaja). Yang ini untuk klinik di Bangi. Kalau di tempat-tempat lain Mama tak pasti.  Percaya atau tidak bermula jam 3 pagi lagi orang sudah menunggu di perkarangan Darussyifa' untuk mendapatkan no. Alhamdulillah Mr Hubby telah berpeluang mendapat rawatan dengan Tuan Guru pada minggu lepas .


Mahal tak bayaran?
Tiada bayaran dikenakan. Dalam erti kata lain PERCUMA. Terpulang kepada pesakit untuk menderma di peti tabung Darussyifa.


Ok ke treatment kat sana?
Alhamdulillah Mr Hubby makin ok. Dia masih kerja seperti biasa ( first day masuk kerja rakan sekerja macam tak percaya. Mungkin mereka bayangkan Mr Hubby sakit teruk kurus ). Ubat dari Dr (Gleevec) masih diambil seperti biasa dan rawatan dengan Darussyifa masih diteruskan. Hubby juga dapatkan rawatan khas dengan Ustaz Mokhtar (salah seorang perawat di bawah Darussyifa juga ) di rumahnya Kajang Utama.  Tapi bab ni Mama tak nak cerita panjang-panjang takut orang salah faham atau Mama salah susun cerita..Kalau nak dapatkan contact no Ustaz Mokhtar atau pertanyaan lanjut boleh email Mama di hayatizain@yahoo.com.  Yang penting kita perlu usaha selagi termampu.


Kena bawak apa untuk rawatan?
Selalu yang Mama tengok orang bawak air. Tapi boleh juga beli air dalam botol yang disediakan di sana. (mereka sediakan air gau )


Boleh ke sembuh penyakit dengan minum air je?
Kuasa penyembuhan itu ditangan Allah. Air atau ubat hanya salah satu ikhtiar kita. Pada Mama kita berikhtiar dengan mendapatkan rawatan dari mereka yang mahir. Tapi pada masa yang sama kita sendiri perlu menjaga amalan seharian. Amalan yang wajib perlu dijaga teliti dan amalan sunat perlu dipertingkatkan. Dalam kes Mr Hubby selain air doa dia turut mendapat akar kayu untuk direbus dan diminum.


Semua penyakit ke boleh dapat rawatan di sana?
Mama rasa semua penyakit boleh. Pada masa yang sama jangan juga abaikan rawatan anda dengan doktor di hospital. Pada Mama rawatan Islam sebegini highly recommended bagi pesakit-pesakit yang Dr tak tahu apa puncanya dari segi sains atau masih tak sembuh-sembuh walaupun rawatan sudah lama di hospital. Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang sakit dari segi rohani seperti gangguan makhluk halus dan sebagainya.


Mama nak share satu potong ayat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Credit to : Darussyifa'

Untuk maklumat lanjut kegunaan ayat ini boleh rujuk di sini

hayatizain : Apa yang ditulis di atas adalah berdasarkan pengalaman. Mungkin ada informasi yang kurang. Jika ingin tahu lebih lanjut sila layari web Darussyifa

Diuji dengan Chronic Myleoid Leukemia

05 July, 2010

Seperti tajuk novel...hakikatnya  ini adalah satu ujian untuk keluarga kami. Sebenarnya Mama pun tak pasti nak tulis ke tak pasal benda ni. hampir 2 minggu menyepi cuba mencari kekuatan di samping meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi setiap kali Mama type "Chronic Myleoid Leukimia " di internet hampir kebanyakkan info adalah dari artikel-artikel saintifik (which is good) but actually I need more than this. Mama perlukan maklumat-maklumat yang dikongsi secara "live" oleh pesakit atau mungkin ahli keluarga yang lain. Bagaimana mereka menghadapinya dan apa perkara-perkara yang dilalui. Dan atas dasar itu Mama terpanggil untuk menulis di blog ini. Untuk dikongsi bersama-sama mereka yang mungkin diuji dengan benda yang sama...dan sebagai  catatan untuk putera puteri kami Aqil dan Dini kemudian hari yang sekarang masih terlalu kecil untuk mengerti apa yang berlaku. Perjalanan cerita yang dikongsi mungkin sedikit tunggang terbalik atau tersekat sekat (kerana Mama sudah mula lecture) tetapi harap info ini sedikit sebanyak mampu dikongsi bersama.

Semuanya bermula bila Mr Hubby batuk berterusan hampir 2 minggu. Doktor di Mas Medical Centre jalankan X-ray dan Full Blood Count kerana khuatir Mr Hubby terkena pneumonia. On the  same day result  keluar. Lung clear... semua ok but................ medical centre made an arrangement for him to meet haematologist the next day. At first they didn't tell us why. Balik kerja bila Mr Hubby cakap pasal benda ni hati Mama memang tak sedap bila dengar haemotologist. Bila Mama tengok result untuk blood test all reading seem normal until I saw ****** sign on white blood cell (wbc).

The next day Mama ambil EL temankan hubby. Kami ke Mas Medical Centre dulu untuk dapatkan GL company. This time we received  new  result  for yesterday blood count . No more **** on wbc reading. Reading printed on paper was 240 (normal range 4-11× 103/mm3). It was considered very-very- very high. Masa tu Mama hanya mampu terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Macam-macam bermain di fikiran sebenarnya but I still tried to be positive..Selepas Zuhur kami ke Sunway Medical Centre untuk berjumpa dengan consultant haematologist Dr Rudy. Menurut Dr Rudy most probably Mr Hubby mengalami CHRONIC MYLEOID LEUKIMIA (CLM) berdasarkan bacaan wbc yang tinggi dan enlargement of spleen (pemeriksaan fizikal) . He scheduled Mr Hubby for bone marrow aspiration and ultrasound on the next day. The moment I heard he mentioned leukemia terasa macam blank seketika. I tried to recall all my existing knowledge about leukimia but I cant'. Mama hanya ingat leukimia is one type of cancer (blood cancer) dan dia dibahagikan kepada beberapa jenis (but that time I can't recall the types). Kata Dr Rudy sample bone marrow akan dihantar ke lab di Singapore for cytogenetic and PCR.  Dr tu macam rilex je (may be dah selalu sangat deals dengan patients leukimia kot) tapi kami berdua rasa macam tak pijak tanah. Kalau tak buat blood test hari tu memang tak tahu sebab Mr Hubby tak de tunjuk symptom yang jelas untuk leukemia.

Sebelum balik Dr prescribed hydroxyurea sejenis antineoplastic drug used in myeloproliferative disorders. Kata Dr ini untuk sementara. The best drug for CML is actually Gleevec (imatinib mesylate). It works by targeting, and turning off, specific proteins in cancer cells that cause the cancer cells to grow and multiply. Tapi harga Gleevec sangat mahal jadi dia minta Mr Hubby check dengan polisi insurans company.

Keluar dari Sunway MC Mama ajak Mr Hubby ke BP Diagnostic Centre di SS15 Subang Jaya. Sebenarnya Mama tak puas hati (dan masih tak percaya) sebab masa di Sunway tak buat blood count sekali lagi pun. Dr cuma diagnosed based on result dari Mas Medical Center. Mungkin dari pengalaman dia rasakan tak perlu buat blood count lagi tapi Mama masih berharap manala tahu mesin diagnostik tu rosak ke. So bacaan yang tercatat tu tak betul. I just want to double check on wbc count je.  Tapi ternyata bacaan wbc masih 200+. Masa tu kami berdua terdiam. Singgah solat di masjid SS15 dan terfikir macam mana nak beritahu pada ahli keluarga. Air mata? Kalau tak keluar air mata bermakna Mama bukanlah seorang manusia biasa, seorang isteri dan seorang ibu. Tapi bab air mata ni mungkin tak akan di tulis di sini. Cukuplah ia sebagai kenangan dalam hidup Mama.

Alhamudilllah I'm getting stable emotionally. Mr Hubby pun ok. Dah start ambil Gleevec. Masih boleh drive ke sana sini. Selera makan masih seperti biasa. Kami masih menunggu result untuk bone marrow aspiration (Dr ni relax je. Dia suruh datang lagi 3 minggu. Mama yang rasa geram nape lambat sangat) . Mama tak sabar tunggu result sebab bercadang nak dapatkan second opinion di PPUM (prinsip Mama walau apa pun diagnosis penyakit I will always get second opinion di tempat-tempat lain. Dalam dunia ni tak de benda yang sempurna atau terlepas dari error). 


 Rasanya entry kali ini berhenti di sini. InsyaAllah jika ada kelapangan dan kekuatan Mama akan menulis lagi tentang


  • Pengalaman bone marrow aspiration

  • Bagaimana kami hadapi hari-hari terawal

  • Reaksi ahli keluarga dan rakan-rakan

  • Rawatan alternatif di pusat rawatan Islam Darul Syifa Bangi


hayatizain :  Alhamdulillah walaupun ujian dan dugaan ini perit tapi masih terjumpa the positive side of it.


Info tentang CML (credit to http://gleevec.com)


Information about Philadelphia Chromosome-Positive Chronic Myeloid Leukemia (Ph+ CML)



Understanding Ph+ CML

Philadelphia chromosome-positive chronic myeloid leukemia, or Ph+ CML, is a slow-growing type of cancer of the blood and bone marrow. The bone marrow is the inner part of your bones where blood cells are made. When you have CML, your body makes too many abnormal white blood cells (cells that normally fight infection).



What causes Ph+ CML

Inside each cell in your body are chromosomes. Chromosomes hold the blueprint for making more cells. Ph+ CML begins when a young white blood cell accidentally makes an abnormal chromosome, called the Ph chromosome. Cells containing this chromosome are called Ph+ cells.


The Ph chromosome causes problems because it makes a protein called Bcr-Abl. White blood cells that contain Bcr-Abl don't work correctly and reproduce abnormally. Over time, these Ph+ cells begin to crowd out normal blood cells. This can cause serious problems in the body. If not properly treated, Ph+ CML can be life threatening.

Ph+ CML is a serious condition, but the good news is that it is treatable.


Ph+ CML has three phases
Chronic Phase

Characteristics:
More white blood cells than usual in bone marrow and blood; abnormal white blood cells make up less than 10% of total

Possible Symptoms:
Fatigue, pain, feeling full; 50% of new patients have no symptoms


  
Accelerated Phase

Characteristics:
Increasing number of white blood cells in bone marrow and blood; abnormal white blood cells make up 10%-19% of total

Possible Symptoms:
Fatigue, bruising, fever, night sweats, infection, bone and abdominal pain
Blast Crisis Phase

Characteristics:
Abnormal white blood cells make up 20% or more of the white blood cells in bone marrow and blood

Possible Symptoms:
Fatigue, bleeding, fever, weight loss, complications from infection

Ph+ CML usually progresses from chronic phase to blast crisis in 3 to 5 years if untreated. The overall goal of treatment is to keep patients in the chronic phase.