Sejak pregnant ketiga ni mudah jatuh hati dengan gadget. Tapi ipad2 tak termasuklah dalam senarai. Takde keperluan buat masa ini kecualilah kalau ada orang nak bagi. Mama minat kitchen gadjet (baby..baby ni girl ke? last check up dulu tak nak duduk diam. Doc tak dapat nak tgk gender). Tapi seperti biasa survey dulu dalam internet. Tengok review dari pengguna. 2-3 hari survey Mama tengok feedback agak positive (walaupun tak 100% positive) jadi mulalah langkah ke Cosway untuk membeli
Empress Snack Maker
Mama guna point RP dan tambahan cash. Sebab utama beli beli sebab anak-anak suka makan waffles. Sebab kedua Mr Hubby pernah cakap dia suka kalau dapat makan sandwich yang jenis bakar ada inti. Sebab tu beli snack maker 3 in 1. Ada plat untuk waffle, sandwich dan grill. Boleh tukar-tukar. Kira 3 in 1.
Setakat hari ni dah 5-6 kali buat wafle. Sandwich pulak dah 3 kali. Selalunya tak sempat nak snap pic. Sedang buat lagi dah ada suara-suara comel tanya "mama dah siap ke", "mama lama lagi ke". Siap je terus dikerjakan dua beradik ni. Antara yang sempat ambil gambar
Mama guna choc sauce jenama Gourmet. Confident sikit sebab ada halal Jakim
Tapi budak-budak ni suka makan plain tanpa sebarang spread. Wafle yang Mama buat pagi tadi before kids ke nurseri
Yang merah tu tambah sikit colouring. Yang lagi satu guna pandan paste without colouring. Jadi hijau dia agak pale. Nasib baik warna kuning dah habis stock. Kalau tak jadi waffle traffic light
Kalau cari memang macam2 resepi di internet. Mama guna resepi dan cara paling senang je. Selalu prepare malam masuk dalam fridge. Pagi bakar je.
3 cwn self rising flour
11/2 cawan fresh milk
1/2 cwn air
1/2 cwn minyak (nak guna butter pun boleh. Mama guna corn oil)
1/2 cwn gula perang (boleh adjust ikut kesesuaian)
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Boleh gunakan mixer atau blender juga. Untuk adunan di atas Mama dapat 8 keping wafle. Resepi di atas menghasilkan wafle yang gebu dan lembut. Masih mencari-cari resepi untuk hasilkan waffle yang crispy.
Setakat hari ini Mama rasa berbaloi beli snack maker ni. Mungkin sebab Aqil dan Dini suka makan. Mr Hubby pun asyik request nak sandiwich.
Hari yang sama Mama beli snack maker ni "terbeli" jugak satu benda lain. Sebenarnya dari Januari dulu Mama "mengidam" nak benda ni tapi takde stock. Puas call semua stokis. Kebetulan hari tu saja ringan mulut tanya pada adik yang jaga stokis. Sekali dia cakap baru sampai 4 biji tapi 3 dah ade orang tempah. Terus beli. Justification pertama for purchase - Besday gift in advance untuk diri sendiri hehehe. Justification seterusnya akan dibuat pada next entry.