Showing posts with label All about my life. Show all posts
Showing posts with label All about my life. Show all posts

rainbow cake, red velvet cake dan pavlova

06 March, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria

29 February lepas birthday my mom yang ke -56. Salah seorang dari populasi dunia yang ditakdirkan lahir di tahun lompat. Kami tak dapat balik Taiping  nak celebrate. Mujur cucu dua orang ni dah pandai menyanyi lagu besday di telefon. Durra pun ada jugak menyampuk-nyampuk.. Alhamdulillah my mom dapat celebration besar-besaran dari sekolah sebab tahun ni juga dia pencen.

Next week my parents nak datang subang. Maka merangka-rangka lah nak buat kek istimewa untuk my mom. Konon-konon nak buat salah satu kek-kek terkini di abad ini. Maka bermulah aktiviti listing - red velvet cake, rainbow cake dan pavlova. Main senarai je dulu lepas tu baru godek resepi. Bila dah jumpa resepi erk...


Rainbow cake



Cantik memang cantik tapi mampukah nak bersabar bakar layer by layer. Oven kecik je.  Bahan-bahan nampak OK. For me the hardest part nak kena trim atas kek lepas bakar supaya betul-betul rata before letak cream. Bab trim ni yang lemah skit ni aduhhhaiii...selalu jadi tak cantik..Belum cukup skill..


Red velvet cake


Yes..resepi kek ni nampak senang je. Ala-ala choc cake tapi tambah vinegar and red food coloring. Cream cheese pulak tu..sure nyummy...
Bila sembang dengan my sis dia cakap
Hari tu Mama buat kek red velvet..sedappppp hinggaaa menjilat jariiiiii
Bye-bye RVC. Terpaksa keluarkan anda dari senarai. Takut my RCV tak menjilat jari seperti yang my mom buat.huhuhu


Pavlova

Selalu dengar orang cerita pasal pavlova Serai. First time dengar macam bingung skit. Serai boleh buat kek ke? Sekali tengok gambar baru faham dan terus terliur. Tapi gara-gara empire meletup dulu still tak berani nak ke sana.

Resepi pavlova pulak memang sempoi dan simple abis. Tapi ramai jugak komen kalah salah teknik, meringue (based pavlova) x menjadi (retak etc) .

Tunggulah lagi 2-3 minggu mungkin ada entry resepi salah satu kek di atas. Kalau tak ade mungkin juga sekotak kek telah ditempah staff office yang pandai buat kek. Sediakan duit je..

Doa akhir tahun dan awal tahun (1 Muharram)

26 November, 2011

Doa Akhir Tahun (baca 3X pada waktu Asar sebelum maghrib)


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun (dibaca 3X selepas Maghrib)

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Cuba kembali bersiaran

20 April, 2011

Looking at the date dah almost 2 bulan Mama tak update blog. Banyak benda nak cerita tapi kesihatan tak mengizinkan. My first trimester seperti biasa "all day sickness" .  Penyakit 3 M melanda (Mual, Muntah dan Malas). Asyik tak sedap perut je. Dr prescribe MMT and Maxolon tapi tak de effect.Lepas 2-3 kali makan Mama stop. Walaupun both dikategorikan selamat untuk pregnancy tapi kalau boleh Mama memang tak suka makan ubat-ubat...Cream cracker tak jalan..Teh halia tak jalan.. Lama-lama tawakal ajelah. Handbag memang sentiasa standby dengan plastic.. 

Kalau ikut hati rasa macam nak MC je hari-hari (kalau pergi jumpa Dr memang sure dapat MC sebab Mama low blood pressure). Tapi takdelah Mama MC hari-hari. Lecture masih on. Students pulak dah nak final exam. Mama ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.  

This week entering second semester macam dah OK sikit.  Harap-harap keadaan akan bertambah baik. Last weekends dah berjaya masak sikit-sikit (All this while gantung periuk ok. Masuk dapur je muntah).  Nikmatnya makan homemade food walaupun simple. Kesian dekat Mr Hubby and kids. Bila badan tak sihat mood pun macam tak best.

InsyaAllah by this week month akan cuba publish a few entries. Antaranya

Results giveaway (InsyaAllah by malam ni or Khamis ye)
Our trip to Singapore (Feb 2011)
Potty training for  Dini
Birthday bash Aqil and Dini
From streamyx to UNIFI
Stock clearance @ DiniTupperwarekiosk





My Hubby Convocation

06 December, 2010

ALHAMDULILLAH





Mr Hubby telah selesai perjuangannya mendapatkan Master in Business Administration (MBA) . Last 2 weeks was his convocation. Bila tengok gambar ni especially gambar di atas (with family members) rasa macam nak menangis. Tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih pada keluarga Mr Hubby dan keluarga Mama.  Sepanjang pengajian Mr Hubby kami jarang pulang ke kampung kerana kelas Mr Hubby Sabtu dan Ahad (he took executive MBA). Apa yang paling Mama takutkan ada hati ibu bapa kami yang terasa sebab semakin tua kita akan lebih sensitif jika anak-anak dan cucu jarang pulang menjenguk.
Alhamduilllah both family sangat memahami dan memberikan sokongan penuh. Malahan, most of the times my parents in law and my parents yang akan datang menjenguk kami di Subang.Jazakallahu khairan kathira atas segalanya

hayatizain : InsyaAllah mengikut perancangan fakulti, my turn will be end of next year. I know getting PhD is not an easy journey. InsyaAllah I will try my very best.  Semoga dipermudahkan segalanya AMINNN.

Takeaway @ Ayam Penyet Wong Solo

09 November, 2010

Kemas-kemas folder tadi jumpa pic ni. Gambar ni rasanya ditangkap dalam bulan lepas. Mama dan kawan pergi ke Wong Solo Section 7 tapi meja semua PENUH..Malas nak tunggu kosong jadi kami takeaway. Sampai bilik sempat snap Mama punya set je sebab masing-masing dah kelaparan. . Mama order set nasi dengan empal sapi.


                                                       Packaging menggunakan kotak



Satu set dalam RM10.50 (kalau tak silap. Tapi tak lebih dari RM11). Ada 4 pilihan. Nasi dengan ayam bakar, ayam penyet, pecal lele (keli) atau empal sapi (daging). Setiap set sekali dengan air mineral kecil dalam cup.

hayatizain : Lain kali tak nak buat entry makan-makan tengah malam. Perut dah mula berbunyi-bunyi..huhuhu

Easy mop Cosway

02 October, 2010

Pagi tadi dapat berita seorang kawan Mama yang pregnant 5 bulan tergelincir di rumah gara-gara mengemop lantai. Katanya dia memang berhati-hati dengan kawasan licin yang di mop cuma tak perasan terpijak air yang menitik dari mop. Mujur tak jadi apa-apa yang buruk to mother and baby dalam kandungan (dah pergi jumpa gynae selepas kejadian). Tapi sengal-sengal badan  la jugak katanya.

Sebab kejadian tu terpanggil nak buat entry ini. Ini bukan entry pengiklanan. Tiada sebarang bayaran dari pihak penjual. Cuma nak berkongsi cerita dan pendapat. Kerana Mama dan dia memegang status yang sama. IBU BEKERJA + ADA ANAK KECIL + TIADA PEMBANTU RUMAH.

Mama cadangkan dia beli Easy Mop (Cosway). Mama dah hampir nak 2 tahun Mama pakai mop ni. Beli semasa pregnant Dini dulu. Walaupun kalau orang dengar harga sure akan kata "Isk..tak de kerja nak beli mop mahal macm tu". Tapi nak buat macam mana. Mama (ulang suara) IBU BEKERJA + ADA ANAK KECIL + TIADA PEMBANTU RUMAH dan ditambah satu lagi faktor sedang mengandung ketika itu, terpaksala invest dengan benda-benda yang dapat membantu macam ini.

Kelebihan mop ni yang buat Mama suka ialah tak payah nak perah-perah mop. Dia ada spinner untuk keringkan mop. Pijak je pedal tu berapa kali yang anda suka. Tak banyak guna tenaga . Tak payah susah-susah nak bongkok perah mop. Kalau betul-betul spin air pun tak menitik dari mop. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di SINI.

Cuma satu kekurangan dia tak de roda untuk tolak ke sana sini.  Tapi takpelah..I'm still happy with the spinner. Nak guna dia pun ada caranya (nak cerita kat sini pun susah. Selalunya penjual kat stokis akan demo. Kalau dia tak demo sila tanya ye sebelum beli). Microfiber disc pun kalau rasa dah sampai hayat nak campak buang boleh beli yang baru (disc sahaja) di stokis. Tapi dengan teknik pembasuhan dan pengeringan yang betul selepas digunakan microfiber disc ni memang tahan lama .


                                                   Mop yang berjasa hampir 2 tahun.


hayatizain : Mop ini juga boleh jadi motivasi untuk kaum bapa/suami untuk menolong sebab kerja mengemop akan lebih senang.


KK Home Deco @ Giant Kota Damansara

05 August, 2010

Last week pergi Giant Kota Damansara untuk beli barang dapur. Tiba-tiba kaki terasa gatal nak masuk ke KK Home Deco di ground floor. InsyaAllah hujung minggu ni nak balik Taiping. Nak beli something untuk my mom yang sangat suka dengan bunga-bunga dan perhiasan rumah. Walaupun kat Taiping tu banyak kedai bunga, pastinya tak sama kalau anak yang belikan.

Tak sempat nak tilik setiap benda lama-lama sebab agak rushing nak balik. Quality gambar pun agak kurang sebab pegang hp satu tangan. Satu tangan lagi sarat kendong bakul penuh barang hehehe..Kita layan gambar dulu ye

Bunga

Bunga lagi

Mabukkkkkkkkk buuuuuuuuuuuuungaaaaaaaaa

Cantik... tapi kurang sesuai untuk rumah kami yang ada dua orang kanak-kanak riang ria 

Boleh buat doorgift

Barang-barang hiasan fabrik

The best part ada promo untuk HSBC and Bank Islam credit card holder. Selalunya untuk jadi member kena beli barang RM300 and above. But for this promo


HSBC credit cardholder entitle to become member for purchases above RM100 and get 20% discounts on normal priced item.

Bank Islam credit cardholder entitle to become member for purchases above RM50 and get 20% discounts on normal priced item.
(Management reserves the  right to amend without prior notice)

Terus Mama korek-korek purse cari my Bank Islam credit card. Finally I got this membership card dengan pembelian yang kurang dari RM80. Kalau nak tunggu purchases RM300 baru jadi member tak tahula bila.


Bought a few lovely things for my mom and also myself . Konon-konon nak deco rumah untuk raya tapi dah almost 1 week barang-barang tu still dalam plastik. Bila la ada masa nak susun nih .(sambil jeling-jeling kerja bertimbun atas meja)....Balik rumah pun masih sibuk update lecture notes.

hayatizain : Mama lupa nak tanya promo tu untuk semua outlet atau outlet Kota Damansara je. Kalau pergi outlet lain tak ade minta maaf ye.

Turn off the stove ?

29 July, 2010

Mama tertarik dengan perbincangan di mailing list UmmiKu Sayang (UKS) tentang persiapan Ramadhan. Ia lebih kepada curahan idea bagaimana kita boleh memanfaatkan sebaiknya Ramadhan untuk beribadat instead of sibuk dengan "aktiviti memasak" setiap hari. Just cut and paste opinions from sisters

*********************************************************************************
This Ramadan, let's remove our inner and outer obstacles to spiritual success.

*At the inner level, let's start by ditching any feelings of guilt,competition or jealousy we may have for other sisters. You know who I'm talking about: the ones who can whip up a five-course Iftar plus dinner faster than you can say "what should I make for supper tonight?"The ones who can hold a full-time job, ferry their kids to extra-curricular activities and still **hold grand Iftar parties at their homes.*
Now we're ready to do something about the biggest outer obstacle to spiritual success every Ramadan: our families. We love them and yes, their demands for food high in fat, salt and sugar can be indulged once in a while in Ramadan. But doing this every Iftar seems to defeat the purpose of fasting in the first place. Remember, it's about self-control, even after we're allowed to eat.

Here is an eight-step plan to help you gain more time in Ramadan for spiritual success:

1. Call a family meeting-today. We've got barely a week until Ramadan begins. Choose a day and time when everyone can be present.
2. Serve a sample Iftar menu at the meeting (I'll explain why in point 3)

3. Start off the meeting with the food. Then once everyone is comfortable, explain very kindly that you will only be making this food five times this Ramadan: once a week and once when guests are invited over.
4. When the news has sunk in, explain further to your family that you would like Ramadan to be a time for becoming closer to Allah. You cannot do this if you have to spend most of your time cooking and cleaning up after everyone. Be firm but polite.
5. Discuss the Ramadan meal plan. Ask everyone to share what kind of dishes they would like to eat that are healthy.
6. Once all the ideas are in, establish a cooking and cleaning schedule so that everyone pitches in. Explain that while you will still be doing the main cooking, other family members will have to help either with pre-Iftar
arrangements (setting table, calling everyone, etc.) or post-Iftar ones (washing dishes/loading dishwasher, wiping counters, sweeping, etc.). A sample form you can use is herehttp://soundvision. com/ramadan/ chore.asp
7. Enforce the schedule by rewarding children. For younger kids, a chore chart with a sticker for each day of help offered could work, as well as a small toy or gift at the end of every successful two-week period. For older kids, you could promise to spend a whole day with them doing something they enjoy after Ramadan or extend a privilege they have (e.g. access to the car if they drive).
8. For husbands, express your appreciation verbally by saying thank you and explaining how the extra help is a real spiritual boost.



If this plan is successfully implemented, you can extend it to the rest of the year, thereby gaining more time to focus on your spiritual needs. But even if you get more time on your prayer mat than over your stove just one
month out of the year, the one where our good deeds count for more, it'll be worth the effort.
SIS LILY


Since we've been living in LA, the cultural influence of breaking iftar with a table full of food does not affect us anymore. For us, fasting is very similar to just skipping lunch. So for sahur, we eat breakfast. Oatmeal/Toast/ Eggs/Waffles/ Cereals, and then for iftar, its dinner as usual. Rice with about two dishes, one of them a vege dish. After terawih, we eat dessert, usually fruits or ice cream. So in terms of menu, Ramadhan doesn't really change anything. I just find it refreshing that I don't have to spend much time thinking and preparing breakfast, lunch and dinner, and can focus on reflecting on the soul within.
SIS RINA


Was thinking of the same thing after one sister shared her experience of fasting in Mekah..
She mentioned that some Arab families and her guests there actually pre-cooked the ramadhaan meal before Ramadhan.. they cooked and freeze the food for the month, so taht the ladies expecially, dont have to spend time coooking only, but can also focus reading Quran. i myself admit to NOT having the time to complete reading the 30 juzuk Quran during ramadhan, when actually semua amalan kita berlipat kali ganda masa bulan puasa..
SIS FINAZ


*********************************************************************************



Lepas baca semua email  Mama cuba plan a few things untuk persiapan Ramadhan kali ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, untuk berbuka biasa Mama dan Mr Hubby biasanya makan simple-simple je seperti kurma (compulsory) , minuman panas dan sejenis makanan ala carte (bihun goreng, bihun sup, yong tau fu, nasi ayam etc). Kalau sempat jengah ke pasar Ramadhan beli sedikit kuih. Memang sangat jarang makan nasi  untuk berbuka tapi untuk sahur kami akan makan NASI BERLAUK yang di masak sendiri. Mr Hubby tak kisah walaupun lauknya simple seperti telur goreng masak kicap asalkan homemade dish. Tahun ini jugak Aqil dan Dini dah masuk kategori toddler yang SANGAT BERSELERA MAKAN. Jadi Mama memang kena plan betul-betul menu untuk meal mereka siang hari di hujung minggu sebab anak-anak Mama ni especially Aqil kalau lapar je dia akan berbunyi tak berhenti-henti. Antara plan Mama : (sebagai my checklist)

1) Siapkan chicken, anchoives and vegetable stock untuk dibekukan.
Hujung minggu untuk Aqil dan Dini boleh buat pasta soup (alhamdulillah both of them sangat suka makan mee dan pasta). Boleh juga rebus beras dan kemudian tuang stock untuk jadikan bubur nasi. Untuk bersahur penyediaan stock juga mudahkan Mama nak buat sup sayur. Potong sayur-sayur yang cepat masak (bayam, sawi, carrot, bracolli ) dan campur dalam stock. Boleh juga pecahkan telur untuk sumber protein.

2) Siapkan sambal yang siap ditumis dan bekukan. Masukkan dalam Tupperware kecil-kecil untuk mudah defrost untuk sekali masakan.
Sambal ni boleh divariasikan untuk masak ala carte semasa berbuka atau masa sahur. Boleh buat penumis untuk bihun dan mee goreng, ikan masak sambal, sambal ikan bilis, sambal udang dan sebagainya.

3) Siapkan pre-cooked  kari dan masak kurma
Nak masak just tambah ayam, kentang dan santan. Takdela sibuk nak menumis pagi-pagi buta. Boleh juga buat lauk kids di siang hari.

4) Beli/ siapkan  frozen kuih.
Frozen kuih ni buat standby kali teringin nak makan kuih masa berbuka tapi tak sempat atau terlalu penat nak cari parking untuk singgah pasar Ramadhan. Mama rasa frozen kuih ni memang dah banyak jual kat mana-mana. Kat petronas pun tengok ada jual frozen karipap. Tapi tak semua ngan dengan selera Mama. Setakat ni tempat yang Mama selalu beli (dan ngan dengan selera Mama and Mr Hubby) ialah satu tempat di Bangi.  Ada frozen donut, karipap daging yang sedap dan kuih koci yang lemak manis. InsyaAllah kalau sempat Mama bercadang nak buat frozen mini murtabak yang dipelajari dari Mak (my mother in law). Dah lama Mama tak buat mini murtabak ni sejak ada dua budak kecik yang SANGAT RAJIN nak menolong di dapur.

5) Beli serunding ayam/ikan/daging
Serunding ni selalu jadi lauk emergency kalau terlewat bangun untuk sahur sebab Dini asyik nak bergayut Makan dengan nasi panas je dah cukup untuk buka selera.

6) Buat oatmeal with fruits and nuts banyak-banyak dan simpan stok susu kotak
Again as emergency meal during sahur.  Kami pernah bangun sahur takde elektrik (ada gangguan sebab malam tu hujan lebat). Nak masak nasi pun tak boleh.


Untuk persiapan raya tak ada yang penting sangat. Tahun ni memang tak de sibuk nak tempah langsir sebab baru buat langsir masa masuk rumah September tahun lepas. Baju raya Mama dan kids semua dah siap dibeli (Mama jenis beli baju yang siap dijahit). Tinggal baju Mr Hubby tunggu Parkson start jual baju Melayu (Mr Hubby pun suka beli baju siap) . Bulan puasa ni tak nak fikir pasal shopping-shopping baju. Biarpun ada orang kata l shopping time Ramadhan nanti baju designnya lebih cantik dan terbaru tapi sejak jadi MAMA ni bab persiapan sendiri tak berapa penting. Asalkan ada baju.

Tahun ni jugak kalau boleh nak buat biskut sendiri. Tapi nak buat yang simple-simple 3 jenis (Choc chip, honey conrnflakes dan biskut arab). Mama ni memang malas sikit buat biskut sebab MALAS nak terap dan tunggu lama-lama depan oven. I prefer to bake cake. Senang dan cepat. Mungkin kat Semenanjung ni budaya kita more tu biskut. Teringat masa study dulu my friend dari Sarawak balik ke hostel bawak berjenis-jenis kek sebab kat sana they all lebih kepada kek. Tak banyak buat biskut. Sebab tu Mama pun plan nak beli premix moist choc cake and cheese cake di BAGUS. Tetamu datang boleh hidang kek.

Setakat ni baru itu yang ada dalam checklist Mama. Akan sentiasa diupdate bila idea datang.

Dah lama tak letak gambar Aqil dan Dini. Latest pic of them. Aqil tolong sikatkan rambut adik Dini pagi-pagi sebelum ke nurseri. Muka Aqil serius habis.


Buku Wardina Safiyyah : Mama saya lapar ....

14 June, 2010

Hari ini Mama sungguh stress. Stress sebab rindukan my parents dan adik-adik yang dah balik, stress rindukan suami dan anak-anak setelah beberapa hari asyik berkepit di hujung minggu, stress tengok kenapa jam lambat sangat berjalan, stress sebab banyak kerja yang datang last minute sedangkan esok Mama dah nak mula training di luar kampus dan macam-macam lagi..(huhuhu sabar..sabar). Jadi lunch hour tadi Mama pergi shopping dengan kawan untuk hilangkan stress (stress juga sebab kampus sunyi ramai orang cuti tapi kami tak cuti huhuhu) . Dari zaman anak dara sampai dah jadi Mama satu benda yang dapat hilangkan stress Mama ialah shopping BUKU. Kalau shopping benda lain (baju etc) habis shopping Mama akan lagi stress sebab menyesal tengok duit melayang sedangkan hari gaji masih jauh. Kalau shopping buku so far tak pernah lagi rasa menyesal. Selalunya akan rasa lebih bermotivasi dan bersemangat.

Hari ni Mama beli 2 buku. Buku-buku yang pastinya tiada kaitan lansung dengan bidang pengajaran Mama. Buku-buku untuk bersantai tapi masih sarat dengan ilmu. Salah satunya buku baru hasil penulisan Wardina Safiyyah bertajuk Mama Saya Lapar.



Mama tak sempat nak menelaah sepenuh perhatian lagi. Baru sempat baca beberapa mukasurat dan selak-selak dengan pantas sehingga ke mukasurat terakhir. Tapi dari pandangan pertama Mama buku ini menarik perhatian Mama kerana

  • Gambar foto yang berwarna-warni. Ada gambar Wardina dan anak-anak, sayur-sayuran, buah-buahan , resepi dan banyak lagi
  • Harga murah dan berpatutan. Naskhah setebal 166 mukasurat cuma RM19.90
  • Tulisan yang besar dan berwarna-warni (Yessss...ini penting bagi orang-orang macam Mama yang dah naik stress baca journal sebab nak siapkan research proposal untuk FRGS
  • Gaya bahasa yang santai tapi masih kaya dengan tips yang praktikal.


  

Gambar yang berwarna-warni . Meleleh air liur tengok tembikai ni. Balik nanti nak tunjuk pada Aqil sebab dia sangat susah nak makan buah


 
 Ada resepi


 
Tips yang praktikal kalau anak susah nak makan/memilih makan


 
                                                   Tulisan pada buku ini besar-besar. I like....

hayatizain : Tahniah kepada Wardina Safiyyah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu, cerita dan inspirasi anda.

Our 4th anniversary

04 June, 2010



Sempat lunch date dengan Mr Hubby di Nandos Subang Prade. Sejak sekian lama akhirnya baru Mama dapat order nandos extra hot (tapi tengah makan asyik teringat Aqil dan Dini). Selama ni kalau makan dengan kids sure order lemon and herbs sebab share dengan they all .  Membazir nak order asing-asing. Selalunya they all bukan nak makan sangat. Tak senang duduk dan sibuk tanya bila nak gi main (di McD berdekatan). First time order cous cous salad as side dish. Not bad tapi rasa macam pahit sikit (ke lidah Mama je yang rasa macam tu)..Dalam salad tu ada letak olive, cucumber, tomato, capsicum dan sedikit herbs.



Untuk makan malam plan asal nak buat fish and chip. Beli dory fillet marinate sekejap dan lepas tu celup dan goreng. Mama tak beli pun chips sebab rasa macam tak sesuai pulak malam-malam makan byk sangat makanan bergoreng (diet la konon) . So ganti dengan potato salad and coleslow. Masak nasi ala-ala nasi ayam with mixed veggies (Mama letak carrot and letak frozen sweet corn je) takut kids lapar (kalau dah perut melayu tu melayu la jugak hehehe).






Mr Hubby buat suprise beli kek..wah sungguh terharu..the first time dia beli kek  (letak dalam blog so tua-tua nanti boleh baca balik hehehe)...Aqil dan Dini sangat excited. 

Alhamdulillah sudah 4 tahun usia perkahwinan kami. Semoga terus dieratkan kasih sayang antara kami berdua dan kasih sayang kami dengan anak-anak dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin

3 June 2006

hayatizain : Banyak cerita tapi sangat sikit masa nak bercerita.. Sempat taip pun pendek-pendek je...

My HARI IBU celebration

13 May, 2010

Pagi-pagi Aqil kiss Mama and wish me "SELAMAT HARI MAMA" (of course dengan arahan dan script disediakan oleh Tuan director @ Papa). My  3 years old boy didn't understand anything and keep asking me "HARI NI BESDAY MAMA KE".


Posing gaya ultraman untuk Mama

Penat-penat orang sikatkan rambut dia, boleh dia tarik-tarik  nak cacak ke atas macam ultraman. Sungguh kuat pengaruh TV




Adik Dini yang kuat jealous

Dini mula-mula tak nak ikut arahan dan script dari Tuan director. Bila nampak Abang Aqil kiss and cium Mama dia dah mula jealous. Terus jerit "Maaaaaaa" (supaya kita bagi attention kat dia pulak).

Having lunch at Noodle Station Giant Kota Damansara. Hari ni Mama tak masak.



Wantan Noodle Soup with Chicken Meat Loaf and Egg

Suka makan kat sini sebab menu foods and drinks dia memang banyak. My kids pun suka makan noodle and soup (senang nak buat pilihan esp for Aqil yang sangat cerewet pasal makan).

Jalan-jalan sekejap je sebab Mr Hubby tengah pening serabut  nak viva Master on Tuesday (Alhamdulillah dah selesai semua).

A simple yet meaningful celebration (for me ).  Alhamdulillah syukur diberi rezeki untuk bergelar "Mama".

hayatizain : Setiap hari ialah hari ibu kerana setiap hari anak-anak berikan Mama penghargaan dalam pelbagai bentuk. Pelukan, ciuman, pujian masakan Mama yang tak seberapa, laporan pencapaian yang baik dari cikgu nurseri dan lain-lain. Terima kasih sayang...

How to stay awake while driving at night

06 May, 2010

Mommies yang lain pernah experience drive malam-malam tak? Maksud Mama drive bergilir-gilir dengan hubby dalam perjalanan jauh di waktu malam.

Sejak Mr Hubby tukar kereta auto barulah Mama boleh drive bergilir-gilir dengan Mr Hubby dalam perjalanan malam. Dulu masa kereta manual tiada pilihan sebab Mama memang penakut bawak kereta manual sebab dah lama tak cuba. Dulu kalau Mr Hubby ngantuk kami berhenti di R&R untuk dia tidur sekejap.

Setakat ini rekod perjalanan malam paling jauh Mama drive mula dari hentian Sungai Buloh sampai hentian Simpang Pulai sebelum Mr Hubby sambung sampai Taiping. Kami on the way balik Taiping. Bertolak dari restoran jejantas kira-kira 9.30 pm . Mr hubby penat sangat sebab siang tu dia sangat sibuk. Kids pulak kebetulan lena atas car seat masing-masing di belakang. Masa tu adik Mama yang study di UIA pun ada sekali ikut kami balik. Dia yang tolong tepuk-tepuk anak sedara kalau they all tersedar dan meragam.

Lepas tukar pilot je, co pilot baru @ Mr Hubby terus tertidur kat sebelah. Mama dalam hati cuak jugak. Confident je dia nak bagi Mama drive malam-malam ni sampai leh tidur. Yang tak tidur sepanjang perjalanan hanya adik Mama kat belakang. Cuak dia Mama bawak MPV sebab hari-hari biasa drive Atos kecik comel je gi keje. Opah kat Taiping setiap 30 minit call tanya kat mana..huhuhu..semua orang cuakla kesimpulannya kecuali Mr Hubby heheheh

Mama nak kata mengantuk tak la sangat (ngantuk gak sikit-sikit). Mama minum nescafe, bukak radio perlahan-lahan dan bersembang dengan my sister. Tapi satu benda yang really keep me awake ialah


THANK U TO CIK GPS YANG ASYIK MEMBEBEL

Yup, this thing really help me. Mula-mula Mr Hubby suruh shut down je. Iyelah setakat jalan lurus lalu highway nak balik kampung sendiri pulak tu takkan nak pakai GPS. Tapi Mama berkeras nak pasang jugak. Kenapa Mama nak pasang.


  • First dia tunjuk berapa KM lagi nak sampai destinasi. Biggest motivation tu bila tengok nilai KM tu makin berkurang (ye..ye..dah nak sampai..balik kampung...hohoho balik kampung)

  • Second kalau terover speed Cik GPS ni akan mula marah. DECREASE YOUR SPEED ..DECREASE YOUR SPEED ..Siap siren kecemasan..over betul.. (Mr Hubby setkan speed x lebih dari 100km/j. Patutla Cik GPS asyik marah-marah Mama)
hayatizain : Watermark tu Mama order dari eybizzonline...saja suka-suka..hihihi

THE FIRST CRY

05 May, 2010

Amaran : Entry ini sangat panjang

Entry ini dibuat untuk contest Mother's Day Giveaway by Alice Wonders. Untuk maklumat lanjut boleh mengenai contest boleh berkunjung ke MomBloggersPlanet dan AliceWonders






Sebenarnya dah hampir 1 minggu Mama plan nak buat entry ni tapi Mama tak tahu macam mana nak menterjemahkan segala pengalaman dalam bentuk ayat dan perenggan. Satu pengalaman yang sentiasa akan dikenang sepanjang hayat. Ia perlu ketelitian dan perasaan yang mendalam untuk dicoretkan. Khas untuk putera sulung Mama Aqil Zehni B Najmi Rahimi. Pertama kali di dalam blog Mama coretkan  kronologi kelahiranmu.
14 April 2007

Hari ini Mama sudah masuk di pertengahan minggu ke 38. Hampir setiap hari Mama bercakap dengan Baby A. Alhamdulillah Baby A seorang anak yang baik. Setiap hari di saat Mama sampaikan kuliah Baby A akan diam dan tenang seolah-olah dibuai mimpi. Baby A hanya akan mula menendang setelah Mama selesai menjalankan tanggungjawab menyampaikan ilmu pada anak didik  . Malam selepas makan Mama sedar ada seperti "turun tanda" dalam bentuk darah. Papa terus bawak Mama ke Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) tempat di mana Mama menjenguk perkembangan Baby A menerusi teknologi scan bersama Dr Fatima setiap bulan. Midwife yang bertugas beritahu Mama baru dilate 2 cm. Tapi kerana ini pengalaman pertama, Mama dan Papa bersetuju supaya Mama bermalam di hospital. Kesian Papa. Sepanjang malam tidur di sofa luar di bilik tetamu. Tokwan dan Opah di Taiping serta Atuk dan Wan di Rembau telah dimaklumkan. Sepanjang malam Mama tak dapat lelapkan mata walaupun tiada kontraksi. Mujur Mama ada bawa bersama buku tulisan ustazah Siti Nor Bahyah bertajuk 'Amalan ibu mengandung' . Mama baca sehingga nurse bertugas datang menegur Mama untuk tidur. Katanya Mama perlu berehat.

15 April 2007
Selepas sarapan Dr datang melawat. Kata Dr Mama dilation masih 2 cm. Pukul 9.00 pagi Mama dimasukkan dalam labour room untuk CTG. Dalam labour room Papa temankan Mama. Mama tak rasa apa-apa kontraksi sehinggalah Dr pecahkan ketuban. Setengah jam selepas air ketuban dipecahkan kontraksi semakin kuat dan kerap. Buat pertama kali dalam hidup Mama akan lihat jam di dinding setiap 5 minit..dan kemudian 2 minit..Mungkin benar kata orang, di saat-saat untuk melahirkan anak terasa seperti nyawa seperti di hujung tanduk. Setiap kali kontraksi Mama hanya mampu sebut Ya Allah (dalam hati ada juga terdetik lepas ni tak nak pregnant lagi huhuhu). Dr dan mid wife bertugas kerap datang untuk lihat bacaan CTG. Dari pukul 9.30 sehingga pukul 11.30 Mama bergelut dengan kontraksi tapi Dr kata Mama hanya dilate 5 cm . Bacaan heart beat baby semakin lemah (mungkin Baby A juga penat). Mama dengar Dr berbincang sesuatu dengan Papa. Dr tunjukkan graf CTG pada Papa. Kesian Papa. Sure dia blur dan tension. Orang grad science computer sekali di explain dengan bermacam medical terms. Air mata Mama terus mengalir sebab Mama faham apa yang Dr cakap pada Papa. Kebimbangan Mama mengatasi kesakitan ketika itu.. Mama terlalu bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada Baby A yang Mama kandung selama 38 minggu.

Jam 11.45 am selepas Papa menandatangani surat persetujuan Mama ditolak ke bilik pembedahan (OT). Air mata Mama semakin laju. Opah dan Tukwan masih dalam perjalanan dari Taiping. Mama dah minta maaf pada Papa tapi Mama takut sangat kalau apa-apa terjadi tak sempat nak minta maaf pada ibu Mama sendiri @ opah. Atuk dan Wan Rembau dah sampai sebelum Subuh tadi.  Mama hanya sempat bertemu Wan beberapa saat dalam perjalanan ditolak ke bilik pembedahan. Dalam hati Mama tak putus-putus berdoa. Melahirkan anak secara pembedahan memang tak pernah terlintas dalam fikiran Mama. Mama tak pernah buat sebarang persediaan fizikal atau mental untuk menghadapi situasi ini. Tapi di saat itu Mama kuatkan diri. Walau apa pun terjadi , walau apa pun cara , Baby A perlu keluar dengan selamat.

Dalam OT Papa setia di sisi Mama. Mama tahu dari manik-manik peluh di muka Papa dalam bilik yang berhawa dingin itu pastinya Papa sedang membina satu kekuatan. (dalam hati Mama pun berharap Papa tak pengsan. Siapa nak azankan Baby A nanti). Papa cuba untuk berani demi melihat Baby A dilahirkan walaupun Papa banyak kali beritahu Mama dia takut dengan darah. Selepas dibius hilang segala kesakitan kontraksi. Mama terasa lemah kerana kepenatan. Walaupun penat Mama asyik bertanya pada Dr "how's my baby". Mujurlah Dr sabar menjawab pertanyaan Mama (walaupun dari nadanya macam nak marah sebab patient sorang ni tak dengar cakap) dan pesan supaya Mama jangan bercakap. Kata Dr, Mama perlu bertenang untuk memastikan tekanan darah stabil sepanjang pembedahan. Mama tak nampak apa yang mereka sedang buat tapi Mama rasa bahagian bawah badan digerak-gerak. Kemuncak pembedahan ialah bila Dr beritahu mereka dah bersedia nak keluarkan Baby A. Mama rasa goncangan yang agak kuat pada perut. Mama dengar Dr cakap "Baby cord round neck" (Terbelit tali pusat).  Mama dengar Dr dan nurse bilang SATU...DUA (Baby A terbelit dua kali rupanya). Tapiiiii.... Mama tak dengar tangisan Baby A. Hanya dengar suara Dr arahkan itu dan ini.  Mama terus bertanya "Dr...kenapa baby saya tak menangis?. Apa berlaku?" . Mama tanya berulang kali walaupun Mama tahu Dr sedang sibuk dengan tugasnya. macam-macam dalam fikiran Mama. Baby lemas ke..tak cukup oksigen ke..Detik-detik penantian itu hanya beberapa saat tetapi Mama terasa seperti bertahun-tahun. Menunggu tangisan pertama Baby A...Alhamdulillah akhirnya tangisan Baby A kedengaran memecah kesunyian OT (kuat betul suara hero Mama seorang ni) . Midwife bawa dan tunjukkan Baby A pada Mama. Mama hanya sempat cium pipi sebelum Baby A dibawa keluar untuk diperiksa paed yang sedang menunggu. Papa pun ikut keluar untuk  azankan Baby A.


Inilah gambar Aqil pada hari ketiga . Ready nak keluar hospital.



Aqil celebrate besday 3 tahun pada 15 March 2010 dengan Mama, Papa dan adik Dini


To my son Aqil
Mama tak ada gambar Aqil sebaik sahaja selepas dilahirkan seperti adik Dini.  Tapi mengertilah sayang, ia bukan diskriminasi..Kami tak menyangka akan menempuh saat cemas Mama perlu melalui emergency cesar.. Kamera bukan lagi prioriti ketika itu. Sesungguhnya tangisan pertama Aqil melodi terindah dalam hidup Mama dan Papa.

To bakal ibu dan ibu-ibu
Saat kelahiran anak pastinya satu kenangan kita seumur hidup. Setiap satunya unik dan tersendiri walau dengan apa cara kelahiran. Kita hanya mampu merancang tapi Allah lebih mengetahui perancangan terbaik untuk hambanya. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan dan kecemasan. Lengkapkan dirimu dengan segala ilmu (saya dulu tak pernah baca info menghadapi saat lepas kelahiran caesarian. Sibuk baca cara berpantang kelahiran normal). Setelah tiga tahun bergelar ibu, setiap tahun di hari kelahiran saya, perkara pertama yang saya buat ialah menelefon mama saya di Taiping. Saya mohon kemaafan dan ucapkan terima kasih..Kerana saya tahu berpuluh tahun dahulu, di tarikh yang sama dia bergelut dengan kesakitan untuk melahirkan saya. Dia juga cemas dalam kesakitan menanti 'THE FIRST CRY' kerana saya adalah permata hati pertama dalam keluarga.


Di bawah saya sertakan satu clip video kelahiran caesarian . Sekadar berkongsi info.. Untuk langkah berjaga-jaga, lihat clip ini hanya jika anda cukup berani . Saya punya kekuatan untuk melihat video ini (walaupun saya tak la berani sangat) kerana ingin tahu apa yang berlaku pada saya. Jika anda tidak punya kekuatan untuk melihat video, pejamkan mata dan hayatilah alunan lagu khas untuk semua ibu.

SELAMAT HARI IBU



Hayatizain : Masa Mama datang check up sebulan Aqil di hospital nurse beritahu patutnya hari Mama dibedah dah ada patient yang sepatutnya dibedah (elective c-sec). Mama ni kira kategori emergency c-sec sebab tu Dr utamakan. Patient tu minta tangguh ke next day (eventhough Dr dah ready nak proceed 1 hour lepas kes Mama selesai) sebab dah tengahari (Aqil lahir 12.45 tengahari). Dia tak nak anaknya lahir tengahari mungkin atas kepercayaan tertentu (ada org kata lahir tengahari keras kepala sikit). Erm...Mama no comment.

Restoran Ayam Bakar Wong Solo Shah Alam

Lunch break tadi Mr Hubby datang ke UiTM sebab nak jumpa supervisor regarding his master project. Before tu Mama dan Mr Hubby sempat lunch date di Restoran Wong Solo, Section 7. Dekat je dengan gate UiTM Padang Jawa. Area situ ada Jakels and Ariani yang Mama tak sempat nak pergi lagi.

Kalau pergi kedai masakan Indonesia ni Mama sure cari air avocado. Tapi sungguh frust menonggeng sebab dah habis ( Iskkk..sape pulak yang belasah air avocado ni dari pagi. By lunch hour dah habis). Kami order personal set sebab takde set untuk 2 orang. Yang ada set untuk 3 orang dan ke atas (kalau bawak family). Mama order set ayam penyet. Mr Hubby set ayam bakar. Takde order apa-apa tambahan pun sebab nak rasa je dulu. Sempat curi-curi tangkap 2 pics je. Seganla ramai orang.

Di sini ada area makan duduk bersila tapi kami makan atas meja macam biasa. Kalau bawak Aqil dan Dini nanti bolehla duduk area ni


Ni Mama punya. Set ayam penyet. Ada tauhu, tempe, terung , sayur dan ayam. Tak lupa sambal kicap yang nyummy. Sekali jugak dengan air mineral kecil 220ml. Satu set ni RM10 lebih (tak ingat harga sebenar). Tengok dalam menu tu boleh jugak take away (ada packaging dalam kotak)

Tengah makan baru teringat nak snap pic..hihi

Nampaknya Mama ada satu lagi tempat makan yang masuk list untuk bawa opah  dan tokwan datang makan bila they all datang cuti sekolah nanti. Opah ada cakap teringin nak cuba makanan2 baru yang tak de kat Taiping bila datang sini nanti.
hayatizain : Satu jus tu nama jus poligamy (Minuman kontroversi ni). Mama baru dapat tahu yang jus tu kombinasi 4 jenis buah-buahan: avocado, betik, aprikot dan juga durian belanda.

Saya ada 2 bibik

25 March, 2010

Di kawasan perumahan saya boleh dikatakn 90% penghuninya mempunyai pembantu rumah ataupun bibik. Senario biasa di pagi hari saya akan tengok bibik-bibik menyidai kain di ampaian. Saya pulak pagi-pagi kelam-kabut masukkan anak-anak ke dalam kereta untuk ke nurseri. Ampaian di luar bagaikan perhiasan sentiasa kosong. Pasti bibik-bibik ini hairan. Ibu Yati ini tidak pernah membasuh baju ....Atau mungkin pengunjung setia kedai dobi berhampiran.

Sebenarnya bab cuci mencuci saya punya dua pembantu yang saya sayang. Pembantu pertama

                                                                         Cik Dryer E

Cik E ni kami beli dalam dua tahun lepas. Masa itu kami tinggal di rumah atas angin (apartment). Ruang menyidai sangat terhad. Saya jadi sangat stress kerana Mr Hubby dan kids memang "kaki" salin baju. Tambahan lagi kalau musim hujan. Sebelum beli memang saya berfikir panjang. Macam tak logik je duduk di Malaysia beriklim Khatulistiwa nak pakai dryer. Kalau duduk UK yang ada winter tu lain la jugak.

Untuk memuaskan hati saya banyak buat survey. Antaranya saya pos satu email kepada yahoogroup ummikusayang (UKS) minta pendapat senior-senior di sana. Saya tahu kebanyakkan mereka ibu bekerja tanpa pembantu rumah. Alhamdulillah response yang saya dapat amat baik. Saya fikirkan saya seorang sahaja yang ada idea gila nak pakai dryer di Malaysia. Rupanya ramai lagi kakak-kakak yang lebih terdahulu memakai dryer di rumah. Mereka cadangkan beberapa brand yang  dirasakan bagus di pasaran. Dan akhirnya Cik E menjadi pilihan saya.

Alhamdulillah walaupun dah pindah di rumah yang ada tanah Cik E masih berbakti kepada saya. Adik-adik saya yang tinggal d hostel pun kadang-kadang datang mendapatkan khidmat Cik E. Saya rasa sangat lega. Di pejabat , tak lagi risau fikirkan kain di ampaian bila hari dah mula mendung. Sekali sekala saya jemur juga baju di luar pada hujung minggu.  Mungkin orang fikir saya ini basuh baju seminggu sekali :).

Pembantu kedua 


Cik T

Dengan loading 14 kg

Kalau tengok loading macam boleh bukak kedai dobi. Saya sengaja pilih 14 kg. Senang nak basuh barang-barang besar seperti cadar dan langsir. Ada anak kecil bab salin menyalin cadar boleh dikatakan setiap hari. Sekejap kena muntah...sekejap kena kencing..

Itulah alkisah dua pembantu saya. Walaupun kadangkala berlaku sedikit unsur penderaan kerja yang banyak, tetapi sebenarnya saya sangat sayangkan mereka. Harap-harap mereka akan setia berkhidmat dengan saya dalam jangkamasa yang lama.


Jemput singgah blog baru

24 March, 2010

Hari ni saya MC sebab demam dan sakit mata . Semalam pun MC tapi gagah jugak pergi kerja sebab ada lecture. My students pelik tengok saya pakai spec (sbb selalu pakai lens).. Hasilnya demam tak baik2 (huhuhu itula degil tak dengar cakap Dr). Jadi hari ni hantar SMS tangguh semua lecture. Duduk diam-diam kat rumah.

Sambil duduk-duduk saya sempat update my blog yang sudah lama terbengkalai. Saya pun hampir lupa pasal blog tu sampailah ada seorang hantar komen. Actually banyak jugak entry yang saya cuba buat tapi semua tinggal as draft. Saya kalau buat entry suka letak gambar. Gambar pulak nak gambar yang tangkap sendiri. Tu yang jadi tertangguh sebab tak sempat nak upload gambar dari camera.

Tapi since hari ni me dapat publish dua entry dan siapkan 5 entry berjadual (setiap hari satu) barulah berani nak jemput orang datang. Blog ni saya tulis mengenai penggunaan Tupperware berdasarkan pengalaman dan bukan untuk tujuan perniagaan. Kalau urusan pembelian jemput singgah dinitupperwarekiosk .

My new house yang baru dapat CF

 

Hayatizain : Jemput singgah. Sorry tak de housewarming party ye..Tuan rumah demam

Kad ceri Maybank Berhad

08 March, 2010

Last week sempat ke Maybank untuk buka account (orang lain dah lama ada saya je yang baru nak buka). Rasanya senang kalau ada acc maybank sebab ramai yang guna. All this while kalau beli apa-apa online and orang yang jual tu guna account maybank saya menepek kat hubby pinjam acc dia (of course me bayar cash dekat hubby huhuhu). Bukan apa rasa confident sikit sebab bila transfer dari bank yang sama terang tang-tang keluar nama penerima tu.

Tapi kali ni saya bukak acc maybank bukan sebab nak mudahkan online shopping tanpa perlu melalui parlimen@hubby . Semua ini untuk merealisasikan salah satu azam 2010. Target tahun ni nak upgrade my online shop Dini-tupperwarekiosk. Sebab tu nak kena dapatkan


Kad ceri @ debit card  Maybank


Bila dah dapat kad ni saya link kan ke my PayPal account. Maybank Debit card boleh digunakan untuk withdrawal dari PayPal. Bila dah link bermakna  sekarang dini-tupperwarekiosk boleh menerima bayaran secara kad kredit (melalui PayPal). Silalah singgah ye cuci mata. Untuk March ni ada 5% discounts untuk semua barang. Don't worry tiada cas tambahan atau cas perkhidmatan yang anda perlu bayar jika pembelian menggunakan kad kredit. Semua cas-cas tu saya sebagai merchant yang tanggung beres. PayPal juga saluran yang selamat untuk transaksi kad kredit. Siapa yang masih confused tentang PayPal boleh baca di sini .


Ada orang cakap dengan saya debit card Maybank kurang selamat sebab link terus ke saving account kita. (For me it is still ok kot sbb Maybank bukan my primary account @ bukan acc untuk gaji bulan-bulan). Kalau kad ni dicuri atau jatuh ke tangan orang lain yang tak bertanggungjawab seronok-seronok je dia joli katak gi shopping. Ye lah signature kat belakang tu sape je boleh tiru. Bila saya baca komen-komen di internet salah satu langkah keselamatan ialah tetapkan had maksima yang boleh digunakan untuk transaksi online atau kaunter. Had ini boleh ditetapkan masa kita isi borang untuk application. Lagi satu bank officer tu ingatkan saya supaya tak gunakan debit kad ni untuk isi minyak. Katanya kalau guna RM200 akan ditolak. But of course later MBB will return the money. Tapi tak ingat pulak dalam tempoh berapa lama sebab saya terlalu excited tengok pic buah ceri yang cute di kad.

MARCH SPECIAL DISCOUNTS @
Dinitupperwarekiosk sempena nama my daughter. Kalau ada rezeki dapat baby girl lagi lepas ni mama kena fikir nak bukak kiosk yang baru :)

**hayatizain : baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan di ebay tapi banyak lagi tips yang perlu dipelajari. Minggu ini terlalu sibuk dengan meeting..vetting...marking..sampai saya pun dah naik pening. I think i need window shopping...hehehe


Bidan terjun yang tak ready nak terjun

23 February, 2010

CNY yang lepas kami sekeluarga menghadiri wedding sepupu hubby di kampung. Sungguh meriah. Semua juadah di masak secara bergotong-royong.  Sebaik sampai saya terus menjenguk ke dapur untuk menawarkan pertolongan. Kalau setakat susun-susun pinggan, atau masukkan kuih dan lauk-pauk ke dalam pinggan mangkuk memang tak menjadi masalah. Sekali................................

saya diminta tolong siapkan ukiran sayur untuk makan pengantin . Kata tuan rumah buat simple2 je tak pe. Masalahnya yang simple pun saya tak pernah buat ...waaaaaaa.... masa kenduri kahwin saya dan dua orang adik yang lain kami tak pernah ambil tahu pasal hidangan makan pengantin. Cuma hulurkan duit pada mama minta tolong tempahkan...Berpeluh-peluh rasanya pegang pisau sambil tengok timun dan cili depan mata. Mujurlah kak ngah (cousin hubby) tunjukkan sedikit caranya...lepas tu saya kena buat seorang diri sebab semua orang sibuk dengan benda lain...Saya potong timun dan buat hirisan di tepi ala-ala sayap dan buat cili bunga. Dah siap rendam dalam air garam untuk kembangkannya...wah seronok pulak rasanya...tak ambil gambar pun sebab segan. Nanti apa pulak kata makcik-makcik yang ada di situ. Buat kerja sikit sibuk nak tangkap gambar macam pengukir profesional..hehehe

Balik ke rumah saya terus surf cara-cara nak mengukir sayur dan buah. Memang banyak tapi setengah tu terlalu advanced (for me) seperti ini





Harus berpegang pada realiti saya tak akan mampu buat seperti itu. Jadi cari yang senang-senang je dan paste di sini. Untuk rujukan saya di masa hadapan. Manalah tahu kena jadi bidan terjun lagi....at least akan lebih confident untuk memberikan yang terbaik (perasan sekejap...hehehehe)



Rose from tomato



Watermelon basket ni pun nampak menarik. Untuk majlis-majlis biasa pun kita boleh cuba buat untuk fruit salad . Saya ada jumpa video tapi tak de code untuk paste di sini. If you are interested can click here


Mangga potong macam ni pun ok. Senang pengantin nak makan (kiub kecil). Sesuai juga untuk hiasan pulut mangga..nyum..nyum


** hayatizain :  Mama saya seorang yang seni dan mahir dengan kraftangan. Anaknya ini hanya seorang yang 'keras tangan'